Posts

Showing posts from March, 2014

Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Menyengih

Image
Cerita Adam lagi.. hehe.. Adam ada satu perangai yang tersangatlah comel, tomei, kiut miut kucikuci bambam.. melebih-lebih puji anak sendiri.. haha! sape lagi nak puji kalau bukan maknya.. ye dak..  Budak Adam ni sekarang kalau dia tengah mamai-mamai nak tidur atau pun baru nak bangun dia akan senyum/sengih kat kita kalau kita senyum kat dia..  Sweet sangat anak mama ni.. Macam pagi semalam.. banyak kali jugak lah dia menyengih.. comel betol! Rasa nak gigit-gigit je budak Adam ni tau..  Tapi perangai menangis dia sekarang boleh tahan jugak.. Kalau kita tak buat apa yang dia nak, mengalir-ngalir air mata menangis macam kena dera.. Sampai tahap meraung suara pun dah nak hilang.. Adam.. Adam.. Manalah mama nak tau Adam nak apa.. Mama tak pro lagi..  Takpelah Adam.. Mama tak kesah Adam nak buat peel macam mana pun (masa kecik ni je! dah besor jangan nak mengada!) asalkan Adam sihat & bila dah besar nanti dengar cakap orang tua.. ok. Promise?  ok mama! Adam janji!

Tidur juga akhirnya ..

Image
Sabtu malam ahad.. Aku sefamily gi jalan-jalan.. pergi makan je pun kat Manhattan Fish Subang Parade.. Makanan kat sini boleh tahan jugak mahalnya.. Tapi bila groupon ada buat voucher, apa lagi dengan serta merta terus beli.. Hehe..  Tapi yang susah nak keluar malam ni sebab time ni time Adam tidur.. Budak ni memang susah nak tidur kat mana-mana tempat selain daripada buai atau n***n mama dia.. hehe.. Tapi sebab tarikh groupon tu dah nak expired, dan takda masa lain nak pegi, so kitorang pegi la jugak malam tu.. Dalam kereta dah siap-siap menyusukan dia bagi kenyang so nanti takdelah meragam kat kedai tu.. Bila sampai sana, penuh pulak restoran.. Nasib baik ada satu family dah habis makan.. terus dapat tempat duduk.. dan nasib baik juga Adam tak meragam sangat.. Cuma biasalah dia kalau dah lama duduk tu mulalah boring nak suruh orang dukung bawak jalan-jalan..  Berganti-gantilah kitorang dukung Adam.. Mula-mula daddy dia.. Lepas tu atok dia pulak.. Last nenek dia pulak baw

Poo poo

Image
Tajuk tu je yang aku boleh pikir.. hehe.. lately ni adam selalu lambat poopoo.. Paling lama seminggu sekali baru dia berjaya mengeluarkan aset kat dalam perut dia tu..  Bila tanya doktor, doktor kata ok as long poopoo dia tak keras.. tapi if dah 3 hari kene cuba berakkan dia.. Part ni yang susah.. Puas la kita buat pelbagai bunyi.. uk uk la ek ek la.. reaksi adam, dia gelakkan kitorang.. Dia ingat kita nak main dengan dia agaknya.. haha.. Sebab aku risau Adam lama tak membuang ni sebabnya dia dah campur FM.. Rezeki Adam fully breastfeed sampai umur dia 2 bulan je.. sebab susu tak meriah sangat.. nak buat stok pun tak cukup.. Sampai sekarang pun aku dapat buat stok lebih kurang 10oz je sehari.. Cukup lah untuk halfday.. petang Adam kena minum FM..  Bila dah campur ni mula lah risau takut Adam sembelit ke ape ke.. Before this dia minum Enfalac tapi dia berak seminggu sekali lah pulak.. Poopoo x keras, cuma poopoo dia kaler hijau.. sori kalau korang tengah makan.. heheh.. Normal