Posts

Showing posts from April, 2015

Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Aroma Ikan Bakar, Jeram

Image
Assalamualaikum semua, Lama dah entry ni bersawang.. Tak publish2.. Asalnya aku taip entry ni sebelum bersalin.. Korang baca je lah ek.. Malas nak karang balik.. Hahaha.. Masih bersiaran lagi kitaa.. Belum bersalin lagi ni haa.. Sedap agaknya adik adam duduk dalam perut.. Taknak keluar lagi dia.. Asalkan sihat ye dakk.. Ok.. Ni nak cerita aktiviti weekend sebelum beranak.. Family aku pergi makan kat Jeram lepas hantar adik aku kat sekolah dia.. Ni kes aku le yang nak makan.. takde lah teringin sangat.. Tapi nanti kalau dah beranak kempunan pulak.. Nak tunggu lepas pantang lambat lagi.. hahaha.. Sampai sana lebih kurang pukul 6.30 petang kot.. Dah penuh jugak lah parking.. Kitorang malas nak booking ingatkan macam takde lah ramai sangat kalau petang camtu.. Sekali ramai jugaakk.. Nasib baik senang jugak dapat parking.. Sampai-sampai kita amek gambar dulu.. mak buyung nak interprem jugak Pilih-pilih ikan ni memang mak aku le selalu yang buat.. A

Jalan-jalan

Image
Sejak Adam dah pandai jalan ni, mesti best kan kalau bawak dia gi jalan-jalan kat shopping mall.. Aku pun dah lama tak jalan-jalan.. Tapi kalau nak gi jalan mesti kene bawak si kenit Ammar jugak.. Nak tinggal kan dia, nak bagi sape jaga pulak.. Tapi Ammar baru 2 bulan setengah.. Nak taknak bawak la jugak sebab dah tak tahan sangat 2 bulan lebih tak pegi shopping mall.. Hahaha.. Aku pegi dgn husband dengan mak & adik-adik aku.. Assistant kena ramai.. Kalau tidak nanti susah sebab bawak 2 budak kecik ni.. hehe.. Kitorang pegi IOI Mall.. bukannya buat apa pun.. round kat jusco je.. Aku pun nak cari play mat Ammar dengan puting botol susu Adam.. Sejak dah ada gigi ni asyik berlubang je puting botol dia.. Try letak Ammar dalam stroller.. Menangis! Bila angkat dukung dia senyap.. Siap tidur lagi.. Ingatkan macam abang dia.. Adam dulu ok je letak dalam stroller.. Siap tidur meleleh air liur lagi.. hehe.. Ammar, tak macam abang dia.. Lebih suka di dokong.. Memang kene pakai carrier je

Nak makan macam orang besar

Image
Panjangnya tajuk.. hehe.. Adam baru setahun 4 bulan tapi macam dah besar sangat dah dia.. Nak makan pun memilih sekarang.. Kalau buat bubur campur puri kadang-kadang dia makan.. kadang-kadang tak makan..  Tapi yang peliknya dekat rumah pengasuh elok pulak dia makan bubur + puree carrot.. Cuma haritu letak ayam dalam bubur dia.. aku malas dah nak blend2 sebab dah ada gigi kan.. Aku cerai2kan ayam camtu je.. Sekali pengasuh dia kata, Adam taknak makan.. habis dibuang balik makanan dia tu..  Konfius aku.. kalau kita bagi dia makan ayam saja elok pulak dia makan.. dia kunyah ayam tu.. Tapi kalau campur dalam bubur dia jadi tak suka pulak.. Dia nak smooth & silky je bubur tu.. Macam-macam la Adam ni..  Satu lagi hal nak makan sendiri.. taknak orang suapkan dah.. hehe.. nak pegang sudu jugak.. masalahnya kalau bagi dia pegang nasi sebutir je yg masuk mulut dia.. yang lain tercampak dah merata-rata..  Memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi kan nak jaga budak-budak ni..

Cerita favourite

Adam sekarang dah ada cerita kartun yang dia minat.. Tapi budak ni jenis cepat boring.. Cerita yang dia suka pun tengok sekejap-sekejap je.. Jarang la Adam habiskan satu episod.. Cerita yang dia suka tengok sekarang citer Robocar poli.. Ultraman.. Haha.. Macam dah besar sangat kan tengok citer ultraman tu.. Tapi part yang dia suka tengok bila Ultraman tu lawan dengan raksasa je lah.. Part lain dia boring..  Kalau tengok robocar poli pun camtu.. Part yang ada action sikit.. Pastu bila kereta tu tukar jadi robot.. Haaa.. yang tu dia suka lah.. Ni semua pengaruh dedi dia ni.. First word yang jelas dia cakap pun adalah ROBOT.. hahaha.. Budak lelaki kan.. Memang camtu ek.. Kalau nampak jet ke kereta ke kat tv mula lah dia buat bunyi & macam-macam aksi.. Semalam pun pegi jusco, dedi dia tunjuk mainan ultraman.. Kemain suka lagi.. bila nak letak balik dia tak bagi.. Mahal ooo Ultraman tu.. Membazir je beli.. Tunggu besar sikit.. Tah macam mana dedi dia buat, tak jadi beli pun

Sepah

Image
Ni bukan sepah Maharaja Lawak tu.. Hehe.. ni sepah menyepah.. mengumbah.. Kerja sapa lagi kalau bukan kerja abang long Adam ni.. Sejak dah boleh berjalan ni.. Ada je aktiviti dia nak buat.. Sekejap-sekejap pegi dapor.. pastu jalan gi ruang tamu balik.. pastu pegi dapor balik.. Adoii.. saja nak exercise lah tu.. hehe.. Sejak dah ada adik ni.. Adam terpaksa tidur dengan nekwan & atok dia.. Mami sedih jugak tak dapat tidur dengan Adam.. Dulu tiap-tiap malam mami tidurkan Adam.. huhu.. Tapi kesian pulak kat Adam kalau adik dia jaga malam menangis.. nanti Adam pun terjaga sekali.. Solution dia hantar kat bilik nenek je lah.. Ada satu pagi tu Adam masuk bilik kitorang.. Nak tau kerjanya apa.. Menyepah la apa lagi.. dah lama tak dapat masuk bilik agaknya,, Habis semua laci dia geledah.. Pakih lantai tu pun habis dia cabut.. Tengoklah tu aktiviti dia.. Apa benda ni.. Macam best je.. Dedi punya ni.. Takpelah.. dedi tak tau.. Adam pinjam kejap lah.. Budak banyak aka

1 tahun 4 bulan

Adam dah dapat kaki! hehe.. Mak mak semua mesti tau kan dah dapat kaki tu apa.. Sebelum ni Adam memang dah boleh jalan sikit-sikit.. Tapi dia tak berapa confident nak jalan.. Jalan sikit lepas tu merangkak balik.. Jalan setapak dua lepas tu taknak dah.. Tapi sejak minggu lepas.. Adam dah start berjalan.. Bila dia terjatuh atau terduduk dia bangun balik.. Tak nak merangkak dah.. Heeee.. Seronoknya! Comel je bila dia terkedek-kedek jalan.. Still terhuyung hayang lagi tapi takpe Adam.. Practise makes perfect.. hehe.. Dah besar dah Adam.. Dah tak baby lagi.. Bila tengok gambar ke video dia masa baby dulu, alahai.. kecik comey je.. sekarang dah naik fasa toddler.. Sekejap je masa berlalu kan.. Macam tak percaya je..  Rindu adam masa baby dulu.. Sekarang dah banyak akal.. Pening kepala mami dedi dia.. haha.. Adam jangan nakal-nakal tau..