Posts

Showing posts from October, 2014

Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Demam Panas

Image
Assalamualaikum.. Minggu ni aku terpaksa cuti straight seminggu.. Syok jugak tak payah pergi kerja.. Haha.. Alkisahnya isnin petang, Adam tiba-tiba demam.. Nasib baik isnin tu memang company aku cuti.. Boleh la monitor dia.. Malam tu demam dia makin teruk.. Suhu 39!! Risau gila.. Bawak pegi jumpa doktor, doktor masukkan ubat montot.. Dia ajar sekali cara nak buat sendiri.. Seriau jugak.. First time buat.. Malam tu lambat jugak ubat montot tu bagi kesan.. Dah lap badan dia dengan air suam pun still panas lagi.. Tapi alhamdulillah suhu turun.. Memang tak tidur la aku malam tu.. Tidur kejap pastu terjaga sebab si kecik merengek-rengek.. Muntah-muntah.. Kesian betul kat dia.. Encik suami kerja malam pulak minggu ni.. Memang patah sebelah tangan.. Panik pun ada sebab kena handle anak sorang-sorang.. Hehe.. Pukul 2 pagi tu suhu Adam naik tinggi.. Risaunya lah.. Masuk ubat montot lagi sekali.. Sebelum ni Adam pernah demam tapi suhu dia paling tinggi pun 38 lebih siki

Aktiviti hujung minggu

Image
Assalamualaikum, Kali ni nak cerita aktiviti kami anak beranak masa hujung minggu.. Combine la ek minggu lepas dengan minggu-minggu sebelum ni.. Hehe.. Selalunya kalau tak duduk kat rumah kitorang akan pergi rumah FIL, bermalam kat sana.. Ataupun pegi rumah nenek aku bawak Adam tengok onyang dia.. Weekend yang baru ni tak pegi mana pun.. berehat je kat rumah.. Asyik berjalan je kan.. Sekali sekala nak jugak melepak kat rumah.. Tapi Adam ada aktiviti dia sendiri.. Disebabkan budak comel ni hantu air.. Hari-hari cuti ni mandi kolam la jawabnya.. Bukan main seronok dia kali ni.. Siap menjerit-jerit kegembiraan.. Agaknya jiran selang dua rumah pun boleh dengar suara dia.. hehe.. Aku beli kolam yang tinggi tu.. Jenis yang boleh tenggelam.. Boleh la Adam berenang-berenang kan.. Cuma kolam tu tak besar sangat la.. Tak boleh la buat kuak lentang dalam tu.. Ok.. Habis cerita kolam.. Cerita pegi jalan-jalan pulak.. Haritu kitorang bawak Adam pegi Mid Valley.. Dah lama rasanya

Adam Saqif 11 bulan

Image
Assalamualaikum, Rindunya nak berblog.. Internet ofis dah tak boleh bukak blogspot.. Bila balik rumah memang dah x larat nak mengadap laptop.. Ni pun aku beli data internet kat handphone 5 ringgit sehari.. Boleh la buat thethering.. Hehe.. Banyak benda nak cerita.. Adam pun dah besar.. Kejap je.. bulan depan dah setahun.. Macam tak percaya je.. Akal pun dah banyak.. Melasak jangan cakap le.. Memang tak larat nak pegang dia.. Sesaat pun tak boleh diam.. Pernah jugak hampir terlepas masa dukung dia.. Nasib baik tak jatuh.. Haaihh.. Mama awak ni kerempeng je Adam oii..  Keletah Adam sekarang memang buat kitorang geram je.. Rasa nak kunyah-kunyah je budak ni.. Hehe.. Dah besar ni macam-macam la perangai dia.. Dah pandai protes.. Dah pandai pura-pura nangis.. Merajuk je tak pandai lagi.. Baby boy kot.. tak main la merajuk-merajuk ni..  Dah pandai nak main.. Tapi tak pandai diri lagi.. Milestone Adam.. Sekarang dah mula nak memanjat-manjat.. tapi merangkak tak pandai l