Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Demam Panas

Assalamualaikum..

Minggu ni aku terpaksa cuti straight seminggu.. Syok jugak tak payah pergi kerja.. Haha.. Alkisahnya isnin petang, Adam tiba-tiba demam.. Nasib baik isnin tu memang company aku cuti.. Boleh la monitor dia.. Malam tu demam dia makin teruk.. Suhu 39!! Risau gila.. Bawak pegi jumpa doktor, doktor masukkan ubat montot.. Dia ajar sekali cara nak buat sendiri.. Seriau jugak.. First time buat..

Malam tu lambat jugak ubat montot tu bagi kesan.. Dah lap badan dia dengan air suam pun still panas lagi.. Tapi alhamdulillah suhu turun.. Memang tak tidur la aku malam tu.. Tidur kejap pastu terjaga sebab si kecik merengek-rengek.. Muntah-muntah.. Kesian betul kat dia..

Encik suami kerja malam pulak minggu ni.. Memang patah sebelah tangan.. Panik pun ada sebab kena handle anak sorang-sorang.. Hehe.. Pukul 2 pagi tu suhu Adam naik tinggi.. Risaunya lah.. Masuk ubat montot lagi sekali.. Sebelum ni Adam pernah demam tapi suhu dia paling tinggi pun 38 lebih sikit.. Kali ni bila suhu naik tinggi memang risau yang amat.. Hari selasa tu demam on off.. Bila demam reda, still jugak merengek.. Susu taknak minum.. Air kosong taknak.. Makan lagi la taknak.. Risau dehydrated je.. Bibir pun merah je.. Panas kot.. Pastu rasanya tekak pun sakit.. Bagi botol dia tolak.. Pakai sudu pun minum sikit-sikit je.. At least nak jugak la dia minum sikit..

Demam panas dia berlarutan sampai la hari rabu pagi.. Alhamdulillah pagi tu demam dah kebah.. Lega rasanya.. Tapi still merengek-rengek sebab tekak still sakit lagi kot.. Sebab bagi makan bubur dia keluarkan balik.. Tapi susu dia nak minum dah guna botol.. Lega.. Lega..

Pagi tu bila nak mandikan dia.. Bukak baju.. Jeng jeng jeng.. Bintik bintik penuh kat badan dengan kaki.. Huhu.. Kene demam campak ke budak ni.. Bawak pegi jumpa doktor untuk kepastian.. Hmm.. Doktor kata measles sebab bintik-bintik tu flat je.. Lagipun Adam belum setahun.. Belum inject vaksin measles, so lagi senang nak kena.. Doktor bagi ubat sapu.. Calamine lotion.. Masalahnya Adam ni suka masukkan tangan dalam mulut dia.. Taktau time bila yang sesuai nak sapu ubat tu kat badan dia..

Tapi ada certain bintik-bintik merah tu macam bergelembung air.. Kalau macam tu di kira campak la kan.. Hmm.. Aku pun kompius dah ni campak ke measles.. Tapi memang tak hantar dia kat rumah pengasuh sebab takut berjangkit pulak kat anak orang lain.. Naya je.. menyusahkan orang.. Tapi cuti aku pun dah habis.. lepas ni kalau nak cuti kena unpaid leave.. Adoiii.. Takpun amek MC lerr.. Apa saja untuk mu naaakkk..

Nak try bagi air kelapa la kat Adam.. Kalau campak, biar kasi habis keluar semua.. Semoga Adam cepat sembuh ya sayang.. Sihat dan aktif macam selalu.. I love you soo much!!


Kaki tuuuu..


Tata~~



Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong