Posts

Showing posts from August, 2016

Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Nasi arab sedap kat Cyberjaya

Image
Scroll scroll gambar lama terjumpa pulak gambar kitorang sambut besday mak kat cyberjaya.. Asalnya nak gi Restoran Saba.. Tapi penuh.. Ramai yang amat umat manusia.. Malas nak tunggu, nampak ada satu kedai nasi arab jugak.. Sebaris dengan restoran saba.. Restoran Hadramawt Yemeni Kitchen..  Kitorang order set macam ni.. ada 4 jenis nasi.. Lauk kambing, ayam..  Side dish.. Skewer/Kebab.. Salad.. Sedap salad dia.. ada crunchy-crunchy.. pastu dia letak cheese.. Nyummm.. Birthday Girl.. My Lovely Emak..  Kecik lagi Adam masa ni.. Manja atuk lagi.. Sekarang asyik tak puas hati je dengan atuk.. Entah kenapa.. Mungkin sebab jarang nampak atuk.. Atuk bizi work.. pegi kerja awal.. balik lambat.. Tak sempat nak jumpa Adam.. Tu yang aku perasan la.. sebab adam kalau orang tu rapat dengan dia, lepastu macam tak selalu jumpa, dia macam merajuk kot.. Eh.. cerita pasal Adam pulak.. Sambung balik cerita nekwan.. kihkihkih.. Kek takde.. potong nasi pon ok lah.. hehe.. 

Roomies Suites, Batu Feringhi, Penang

Image
Aku ada janji nak cerita pasal hotel yang kitorang duduk kat Penang haritu.. Actually nak kata hotel, tak macam hotel pun.. Dia claim sebagai Boutique Hotel.. Bangunan dia macam bangunan kedai.. Ok je sebenarnya.. Cuma kitorang macam culture shock sikit lah. Kahkahkah.. Tak pernah tidur hotel cenggini.. Selalunya stay kat apartment ataupun hotel yang hotel tu lah.. adoii camane nak cakap.. Buat buat paham je lah ye.. Aku survey kat agoda.. Baca review orang kata hotel ni bagus.. Walaupun hotel dia 2 bintang je.. Tapi review dari guest, excellent.. Buat blogwalking, tak ramai sangat yang review.. Tapi ada la diorang letak gambar bangunan.. Bila sampai aku tengok apasal lain macam je.. Bilik pun macam kecik sikit.. Rupanya Roomies ni ada dua tempat tapi dekat-dekat.. Roomies yang lagi satu tu aku tengok macam besar sikit bilik dia.. Adoii.. Silap la ni.. Tapi takpe.. Yang ni pun ok sebenarnya.. Cuma kecik sikit lah untuk sesiapa yang ada anak dua macam aku ni.. Lagi-lagi budak dua k

Jalan-jalan Kelantan - Part 1

Image
Ni cerita lama sebelum puasa lagi.. Kami 4 beranak, family aku ngan opah wa gi holiday kat kelantan.. Naik Air Asia.. Atuk belanja.. Maceh atuk.. hehehhee.. Mula-mula aku cakap kitorang tak jadi ikut sebab keadaan kewangan yang tidak mencukupi.. Tapi atuk nak bawak jugak cucu dia yang 2 ketul tu.. So atuk sponsor lah... hehe.. Kitorang pegi 2 malam.. Bertolak hari Sabtu balik Isnin.. Flight pagi pukul 7.50am rasanya.. kitorang kena gerak awal sebab kalau ada baby comel, tak boleh website check in.. kena la check in kat kaunter.. Masa nak masuk simpang KLIA boleh pulak lah jam.. cuak gila dah time tu takot terlepas timing nak check in.. Nasib baik sempat.. Taaapi semput jugaklah aku laki bini berlari nak pegi check in.. dah la KLIA 2 tu besar.. Nak pegi kaunter kemain la jauh.. Pengsann!! Muka ngantuk kena bangun awal pagi.. Nasib baik tak mengamuk.. Sempat lagi makan roti.. Ni first time Ammar naik aeroplane.. Alhamdulillah dia tak meragam.. Masa nak pegi tu dia tid

Jalan-Jalan Penang lagiiii

Image
Assalamualaikum semua, Short trip weekend lepas.. Pegi wedding kawan en suami kat Kulim, Kedah.. Then terus shoot pegi Penang.. Saja nak berehat-rehat.. Lama dah rasanya tak bercuti.. hehe.. Tapi tak rehat jugak lah.. 5 jam drive.. Lenguh satu badan.. Encik suami la yang drive.. Kesian dia.. Terima kasih abang.. hehe.. 2 minggu sebelum, aku dah book kat agoda.. Aku tengok review-review orang.. Satu boutique hotel ni dapat review yang bagus.. Dekat batu feringgi.. Excellent diorang bagi rating.. so aku book lah.. harga boleh tahan jugak lah.. Nanti aku up satu entry pasal bilik ni.. Kitorang sampai hotel lambat jugak lah.. Dah dekat pukul 5 petang.. Yela.. sampai tempat kenduri pun dah pukul 2 petang.. biasalah.. ngok ngek ngok ngek keluar rumah pukul 9.30 jugak.. plan nak keluar paling lambat pukul 9 pagi..  Plannya lagi petang tu nak pegi pantai.. Taaapi.. bila dah masuk bilik, berehat-rehat, layan dua ketul pokemon yang tak reti duduk diam tu.. harapan lah nak pegi pan