Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Jalan-jalan Kelantan - Part 1

Ni cerita lama sebelum puasa lagi.. Kami 4 beranak, family aku ngan opah wa gi holiday kat kelantan.. Naik Air Asia.. Atuk belanja.. Maceh atuk.. hehehhee.. Mula-mula aku cakap kitorang tak jadi ikut sebab keadaan kewangan yang tidak mencukupi.. Tapi atuk nak bawak jugak cucu dia yang 2 ketul tu.. So atuk sponsor lah... hehe..

Kitorang pegi 2 malam.. Bertolak hari Sabtu balik Isnin.. Flight pagi pukul 7.50am rasanya.. kitorang kena gerak awal sebab kalau ada baby comel, tak boleh website check in.. kena la check in kat kaunter.. Masa nak masuk simpang KLIA boleh pulak lah jam.. cuak gila dah time tu takot terlepas timing nak check in.. Nasib baik sempat.. Taaapi semput jugaklah aku laki bini berlari nak pegi check in.. dah la KLIA 2 tu besar.. Nak pegi kaunter kemain la jauh.. Pengsann!!

Muka ngantuk kena bangun awal pagi.. Nasib baik tak mengamuk..

Sempat lagi makan roti..
Ni first time Ammar naik aeroplane.. Alhamdulillah dia tak meragam.. Masa nak pegi tu dia tido.. Lagi 5 minit nak landing boleh pulak dia jaga.. Hahaha.. Nasib baik dia ok je.. Masa ni Adam duduk sebelah makngah dia.. Kat belah depan.. Kitorang punya seat kat belakang.. Sebab check in tak sama kan.. Makngah nya cerita Adam mula-mula ok.. Pastu masa time kene pakai seat belt dia taknak.. Taktau la kenapa.. kalau dalam kereta ok je.. 

Amek gambar dulu sebelum berlepas..

Makngah.Adam.Opah Wa
Mula-mula duduk sendiri.. Pastu bila nak berlepas berkepit ngan makngah.. sian Adam.. takut kot..  

Atok.Nekwan.Paklang.
Maksu takde, tak boleh balik.. Ada exam pulak.. tu pasal Adam dapat duduk seat maksu dia.. Seat dia kat blakang kosong.. Lapang sikit mami.. hahaha..

Dah sampai.. Amek gambar dulu.. Budak dua orang tu tak lepas pandang kapal terbang kat belakang tu.. Selalu nampak dari jauh je kan.. Alhamdulillah.. Seronok tengok anak happy..

Sampai je Kota Bharu, terus pegi cari tempat breakfast.. Perut dah menyanyi lagu dangdut ni.. Kali ni nekwan sebagai tour guide sebab nenek dah pernah pegi sebelum ni dengan kawan dia.. hehe.. kitorang yang pernah 3 kali balik kampung pun tak pernah jalan-jalan lagi kat Kelantan.. Kesiannn..

Haaa!! Sape tau kat mana ni..
Ni Roti Titab.. Ok la rasa dia pada sesiapa yang suka makan eksotik macam ni.. 

Kat sini lah.. Kopitiam Kita.. Ni gambar hari kedua.. Pegi lagi.. Pada yang ingin tahu, owner dia Cina.. Tapi dia kumpulkan semua brand brand makanan yang ada.. contoh yang femes Nasi Air Dingin.. Banyak pilihan makanan.. Kopitiam Kita ni serve air dengan Roti Titab je.. Yang lain sume orang hantar kat kedai dia.. Bagus jugak dia buat konsep macam ni.. Takyah susah-susah nak cari makanan kelantan..

Semua jenis nasi ada.. Laksam/Bihun.. Kuih pun ada macam-macam.. Sebab tu kitorang pegi dua kali.. Nak try mana yang takdan masa hari first.. 

Siap ada beca lagi.. Amek gambar sebagai kenangan..

Amek gambar dengan owner jugak.. Gaya pelancong sangat..

Sementara nak tunggu check in kitorang pergi round-round dulu.. Singgah Pantai Cahaya Bulan (PCB) dulu.. Tapi macam dah lain pulak masa aku pegi time balik kampung dulu.. Dah ada tembok.. Betul ke PCB ni.. ke aku yang salah..



Ok lah.. Macam dah panjang sangat pulak entry ni.. Nanti sambung lah.. Aku cerita summary je kat mana kitorang pergi.. Tak larat nak tulis day by day... Aku pun dah tak ingat.. dah lama terperam dalam kepala otak ni.. 

ok bye..



Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong