Posts

Showing posts from 2014

Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Basikal

Image
Assalamualaikum, Aduiihh.. Stressnya! Cerita pasal basikal ni tinggal nak published je.. Aku taip guna blogger apps kat android.. Dari semalam sampai ke hari ni asyik publishing je.. Tapi bila aku bukak kat laptop, post ni kosong takda tulis apa-apa.. Kena la mengarang balik ni.. Masalah problem betul laaa.. Hmm.. Takpe.. Sabar.. Sabar.. Ok.. Minggu lepas ada MyDear Warehouse Sale 23 okt - 2 nov.. Aku memang dah aim awal awal dekat mydear ni nak beli beskal.. Excited sebab anak dah pandai duduk.. Boleh la dia naik beskal.. Hehe.. Aku pegi hari jumaat tengahari dengan kawan opis.. Biasa lah aktiviti orang pompuan.. Jumaat tengahari pegi shopping.. Kihkihkihh.. Sampai kat sana dah ramai jugak orang yang menyoping.. Berpeluh ketiak jugak le kepanasan kat situ.. Huhu.. Mula mula aku ingat nak beli beskal yang 2 seater.. Sebab senang nanti kalau dah ade adik boleh naik sekali.. Penjimatan berganda.. Huhu.. Harga lebih kurang je yang 1 seat dengan 2 seat.. Tapi design 2 sea

Makanan Adam

Image
Assalamualaikum, Jarang cerita pasal makanan Adam.. Padahal setiap kali bagi makan asyik amek gambar je.. Tapi tak post.. Huhu.. Adam dah nak masuk setahun ni banyak benda jugak dah bagi rasa.. Aku ni takde lah strict sangat.. Kalau setakat nak bagi dia rasa tu dah boleh la.. Tapi jajan still no.. Haritu kat rumah pengasuh ade budak bagi dia jajan.. Adehh.. Patut lah sedap sangat adam menghisap tangan dia.. Sekarang ni aku bekalkan biskut farley tu untuk kudapan dia sekali sekala.. Kalau untuk makanan dia hari-hari memang aku bekalkan bubur nasi letak dalam termos.. Cukup untuk 2 kali makan.. So.. Tak payah la pengasuh pening kepala nak bagi Adam makan ape kan.. Sebab masa 6 bulan dulu dia suruh aku beli nestum.. Dia kata adam macam lapar je.. Tidur sekejap sekejap.. Tapi style Adam tidur siang memang camtu.. Untuk mengelakkan pengasuh bagi nestum kat Adam, memang hari-hari aku bekalkan bubur nasi.. Aku ni pun satu, jenis yang tak reti nak cakap tak boleh kat pengasuh.

Adam Saqif yang aktif

Image
Rindu anak.. Layan gambar je la.. Perangai budak ni sekarang.. Tak boleh duduk diam.. Huhu..

29 Oktober 2014

Image
Assalamualaikum, Amboii.. Galak update blog.. Maklumlah cuti seminggu.. Banyak pulak masa free ye dak.. Hehe.. Kat opis pun ada masa free jugak, tapi internet takde.. Blog pun terabai.. Oppss.. Terpanjang pulak mukaddimah.. Tahun ni terlambat sikit update pasal diri sendiri.. Hehe.. 29  Oktober, hari Rabu.. Hari yang dinanti-nanti.. cewaahh.. Siap dah apply cuti seminggu awal sebab konon-kononya nak pegi dating dengan encik suami.. Malangnya, manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan.. Apa yang dirancang tu jadi jugaklah cuma tak dapat pegi dating full day.. huhu.. Disebabkan si anak kecil demam secara tiba-tiba.. Rancangan terpaksa di ubah.. kena la jaga si kecik tu.. Nasib baik makngah dia tengah cuti sem.. & demam Adam pun dah kebah hari rabu tu.. dapat la kitorang pegi dating sekejap petang tu.. Makngah tolong jagakan Adam.. hehehe.. Tengkiu makngah.. Budak kena tinggal.. Tahun ni takde seprais macam tahun lepas.. Agaknya sebab dah ada

Demam Panas

Image
Assalamualaikum.. Minggu ni aku terpaksa cuti straight seminggu.. Syok jugak tak payah pergi kerja.. Haha.. Alkisahnya isnin petang, Adam tiba-tiba demam.. Nasib baik isnin tu memang company aku cuti.. Boleh la monitor dia.. Malam tu demam dia makin teruk.. Suhu 39!! Risau gila.. Bawak pegi jumpa doktor, doktor masukkan ubat montot.. Dia ajar sekali cara nak buat sendiri.. Seriau jugak.. First time buat.. Malam tu lambat jugak ubat montot tu bagi kesan.. Dah lap badan dia dengan air suam pun still panas lagi.. Tapi alhamdulillah suhu turun.. Memang tak tidur la aku malam tu.. Tidur kejap pastu terjaga sebab si kecik merengek-rengek.. Muntah-muntah.. Kesian betul kat dia.. Encik suami kerja malam pulak minggu ni.. Memang patah sebelah tangan.. Panik pun ada sebab kena handle anak sorang-sorang.. Hehe.. Pukul 2 pagi tu suhu Adam naik tinggi.. Risaunya lah.. Masuk ubat montot lagi sekali.. Sebelum ni Adam pernah demam tapi suhu dia paling tinggi pun 38 lebih siki

Aktiviti hujung minggu

Image
Assalamualaikum, Kali ni nak cerita aktiviti kami anak beranak masa hujung minggu.. Combine la ek minggu lepas dengan minggu-minggu sebelum ni.. Hehe.. Selalunya kalau tak duduk kat rumah kitorang akan pergi rumah FIL, bermalam kat sana.. Ataupun pegi rumah nenek aku bawak Adam tengok onyang dia.. Weekend yang baru ni tak pegi mana pun.. berehat je kat rumah.. Asyik berjalan je kan.. Sekali sekala nak jugak melepak kat rumah.. Tapi Adam ada aktiviti dia sendiri.. Disebabkan budak comel ni hantu air.. Hari-hari cuti ni mandi kolam la jawabnya.. Bukan main seronok dia kali ni.. Siap menjerit-jerit kegembiraan.. Agaknya jiran selang dua rumah pun boleh dengar suara dia.. hehe.. Aku beli kolam yang tinggi tu.. Jenis yang boleh tenggelam.. Boleh la Adam berenang-berenang kan.. Cuma kolam tu tak besar sangat la.. Tak boleh la buat kuak lentang dalam tu.. Ok.. Habis cerita kolam.. Cerita pegi jalan-jalan pulak.. Haritu kitorang bawak Adam pegi Mid Valley.. Dah lama rasanya

Adam Saqif 11 bulan

Image
Assalamualaikum, Rindunya nak berblog.. Internet ofis dah tak boleh bukak blogspot.. Bila balik rumah memang dah x larat nak mengadap laptop.. Ni pun aku beli data internet kat handphone 5 ringgit sehari.. Boleh la buat thethering.. Hehe.. Banyak benda nak cerita.. Adam pun dah besar.. Kejap je.. bulan depan dah setahun.. Macam tak percaya je.. Akal pun dah banyak.. Melasak jangan cakap le.. Memang tak larat nak pegang dia.. Sesaat pun tak boleh diam.. Pernah jugak hampir terlepas masa dukung dia.. Nasib baik tak jatuh.. Haaihh.. Mama awak ni kerempeng je Adam oii..  Keletah Adam sekarang memang buat kitorang geram je.. Rasa nak kunyah-kunyah je budak ni.. Hehe.. Dah besar ni macam-macam la perangai dia.. Dah pandai protes.. Dah pandai pura-pura nangis.. Merajuk je tak pandai lagi.. Baby boy kot.. tak main la merajuk-merajuk ni..  Dah pandai nak main.. Tapi tak pandai diri lagi.. Milestone Adam.. Sekarang dah mula nak memanjat-manjat.. tapi merangkak tak pandai l

Raya 2014

Image
Tahun lepas raya berdua.. Adam kat dalam perut lagi.. Tahun ni dah keluar dah budak ni.. Mama dia yang eksaited sambut raya tahun ni.. Part yang paling eksaited tu part beli baju adam la.. Hehe.. Tapi still under control lagi.. Baju melayu pun ada sehelai je.. Tu pun lebihan kain buat jubah mama.. Haha.. Dasar kedekut.. Raya pertama Adam raya kat kampung.. Yeay! Cuma adam tak boleh buat apa lagi lah.. Tengok je la orang bakar lemang.. Rebus ketupat.. Hehe.. Tak boleh nak bebel panjang.. Sambung dengan gambar raya je la ek..

Lama tak update

Image
Assalamualaikum.. Lamanya menyepi.. Sejak kat ofis tak boleh bukak blogspot memang dah lama tak berblogwalking.. blog sendiri pun tak sempat nak intai.. Adam dah 9 bulan.. Sekejap je masa berlalu.. dah macam-macam akal dah budak tu.. Seronok main dengan dia.. Tapi tak pandai merangkak lagi.. menyusur dah pandai.. kalau terlalai sikit, tengok-tengok dah jauh.. haha.. bahaya betul.. memang tak boleh tinggal langsung.. Ni tengah demam.. Sejak akhir-akhir ni selalu pulak dia demam.. Risau betul.. Cepat la sembuh sayang.. Kesian tengok dia sakit macam tu..

Jalan jalan malam @one city - Part 1

Image
Beria siap ada part 1 part 2.. Haha.. Ni cerita minggu lepas rasanya.. Kami anak beranak dengan family aku keluar makan nak celebrate birthday mak.. Masalahnya kalau nak keluar malam ni susah sikit sebab sekarang Adam lepas maghrib je mesti dah merengek nak tidur.. Kesian pulak kat dia kalau kacau time tidur dia sebab siang dia memang susah nak tidur.. Paling lama pun setengah jam.. So aku dengan encik suami macam nak pegi ke taknak ni.. Kalau pegi mesti kena bawak Adam.. Takkan nak tinggal pulak kan.. Kalau salah sorang pegi macam tak best pulak.. Nak taknak kitorang angkut je la budak kecik ni.. Masa angkat dia dari katil dia memang tak sedar sampai la masuk dalam kereta.. Sampai la dah nak sampai one city memang dia bantai tidur je.. Mengantuk sangat la tu..  Bila kereta berenti Adam pun macam biasa lah.. Celik lah mata dia tu.. Tapi still mamai mamai lagi.. Letak dalam stroller pastu tolak je.. Lama lama dia tidur balik.. Hehe.. Ok.. Berbalik kepada cerita one city.. Bangunan n

Makan

Image
Assalamualaikum, Laaamaaa sangat dah tak post new entry.. Alkisahnya dekat ofis dah tak boleh bukak blogspot.. Geram betul la.. Dan dah lama jugaklah tak berblogwalking.. Bila balik keje dah tak lalu nak tengok laptop.. Dengan nak uruskan Adam lagi.. Memang terbiar berhabuk je la blog ni.. hehe.. Sorryyyyy! Banyak jugak cerita yang nak dibebelkan.. First skali Adam dah 6 bulan! Bila 6 bulan tu maksudnya dah start bagi dia makan.. Aku bagi puree buah-buahan dan sayur-sayuran dulu kat dia..Nak tiru macam orang putih la katakan.. hehe.. First food Adam is buah Epal.. Aku rasa cam yang tu je senang nak bagi dia makan.. Bagi sekali sehari je dulu.. Petang-petang lepas balik keje aku suap dia makan.. Mula-mula dia macam x reti nak nganga mulut.. Tapi lepas tiga kali makan dah pandai dah.. Good job Adam..  Tapi orang kata better bagi baby rasa sayur dulu.. Takot bila dia dah rasa benda manis dia taknak makan sayur.. Aku try bagi karot.. Adam macam ok je boleh terima.. Mungkin

Penyedut hingus baby

Image
Adam kena selsema sabtu lepas.. Hari jumaat pegi cucuk 5 bulan.. Sabtu selsema dengan demam sikit.. Sebab cucuk ke ek.. Masa hari sabtu tu asyik bersin je macam orang resdung pulak..Sampai sekarang selsema still ada lagi cuma dah tak meleleh-leleh..  Tapi yang kesian sangat sebab suara dia jadi serak.. Tapi tak batuk.. Alahai bila dia nak menangis ke nak bercakap ke rasa macam kesian sangat.. Comel pun ada jugak bila dengar suara dia macam tu.. hehe..Cepat la sembuh Adam.. Kesian sangat bila tengok dia soksekoksek selsema.. Kitorang cuba pakai pam sedut hingus tu.. Dapat jugak keluarkan hingus dia.. tapi berperang jugak lah dengan Adam.. Pandai budak ni.. baru 5 bulan dah pandai mengelak taknak kene sedut.. Budak kunyit Hari Ahad aku pegi pureen warehouse sale.. Sempat lagi tu pegi.. Rugi wooo kalau tak pegi.. Stok sabun Adam pun dah nak habis.. Dulu aku beli sabun tu time pregnant 6 bulan.. Adam tak ikut pun.. Tinggalkan dengan nenek dia.. Mekacih mak jaga Adam.. hu

Adam Saqif 5 bulan

Image
Hari ni, 21 April 2014 Adam dah 5 bulan.. Sekejap je rasanya dah 5 bulan.. Adam dah pandai nak main.. Siang pun tidur sekejap je.. tapi peel dia sekarang kalau nak tidur siang tu siap mengamok-ngamok.. Dia nak main tapi badan dah penat nak tidur.. Hehe.. macam-macam lah adam ni.. Semalam try letak Adam kat carseat.. Nak biasakan dia.. orang kata kena biasakan letak dari kecik.. tapi dulu kitorang pernah try letak masa umur dia 2 bulan.. meraung-raung sampai habis suara.. Semalam letak dah ok dah.. siap tertidur lagi.. tapi masalah lain pulak, kalau kereta stop dia pun celik mata.. hadehh.. kena ikut jalan highway je la nampaknya.. hehe.. Tak pergi cucuk 5 bulan lagi.. Harap-harap Adam behave la ye.. sekarang ni suka sangat meliuk lentok..  

Mr Food Butcher & Grill, Putra Height

Image
Hari khamis lepas pegi dating dengan encik suami.. Sejak ada anak ni dah lama tak berdating.. Hehe.. Selalunya malas nak keluar tengahari ni sebab masa rehat bukannya lama.. 1 jam je.. Tapi sebab dah nak termuntah duduk ofis sebab stress sangat kerja.. Keluar la jugak sebab nak hilangkan stress.. Pegi deting sejuk sikit hati ye dak.. Huhu.. Memang dah lama nak pegi makan kat sini sebab dekat je dengan rumah.. Akhirnya tercapai jugak hajat encik suami nak makan makanan western.. Kitorang makan kat Mr Food Butcher & Grill, Putra Height.. Sedaaap.. Daging dia lembut.. Side dishes pun sedap.. Mash potato tak hancur sangat.. Sapa yang suka ok la.. Aku ni makan je semua.. Asal boleh telan.. Haha.. Harga.. Not bad.. Susah nak dapat harga yang murah dan makanan yang sedap.. Murah kat sini maksudnya kalau compare dengan hotel-hotel.. Jangan pulak korang compare dengan kedai makan pak abu ke mak siti ke.. Hehe.. Mana lagi sedap.. Laman grill ke Mr Food? Bagi aku