Posts

Showing posts from November, 2014

Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Basikal

Image
Assalamualaikum, Aduiihh.. Stressnya! Cerita pasal basikal ni tinggal nak published je.. Aku taip guna blogger apps kat android.. Dari semalam sampai ke hari ni asyik publishing je.. Tapi bila aku bukak kat laptop, post ni kosong takda tulis apa-apa.. Kena la mengarang balik ni.. Masalah problem betul laaa.. Hmm.. Takpe.. Sabar.. Sabar.. Ok.. Minggu lepas ada MyDear Warehouse Sale 23 okt - 2 nov.. Aku memang dah aim awal awal dekat mydear ni nak beli beskal.. Excited sebab anak dah pandai duduk.. Boleh la dia naik beskal.. Hehe.. Aku pegi hari jumaat tengahari dengan kawan opis.. Biasa lah aktiviti orang pompuan.. Jumaat tengahari pegi shopping.. Kihkihkihh.. Sampai kat sana dah ramai jugak orang yang menyoping.. Berpeluh ketiak jugak le kepanasan kat situ.. Huhu.. Mula mula aku ingat nak beli beskal yang 2 seater.. Sebab senang nanti kalau dah ade adik boleh naik sekali.. Penjimatan berganda.. Huhu.. Harga lebih kurang je yang 1 seat dengan 2 seat.. Tapi design 2 sea

Makanan Adam

Image
Assalamualaikum, Jarang cerita pasal makanan Adam.. Padahal setiap kali bagi makan asyik amek gambar je.. Tapi tak post.. Huhu.. Adam dah nak masuk setahun ni banyak benda jugak dah bagi rasa.. Aku ni takde lah strict sangat.. Kalau setakat nak bagi dia rasa tu dah boleh la.. Tapi jajan still no.. Haritu kat rumah pengasuh ade budak bagi dia jajan.. Adehh.. Patut lah sedap sangat adam menghisap tangan dia.. Sekarang ni aku bekalkan biskut farley tu untuk kudapan dia sekali sekala.. Kalau untuk makanan dia hari-hari memang aku bekalkan bubur nasi letak dalam termos.. Cukup untuk 2 kali makan.. So.. Tak payah la pengasuh pening kepala nak bagi Adam makan ape kan.. Sebab masa 6 bulan dulu dia suruh aku beli nestum.. Dia kata adam macam lapar je.. Tidur sekejap sekejap.. Tapi style Adam tidur siang memang camtu.. Untuk mengelakkan pengasuh bagi nestum kat Adam, memang hari-hari aku bekalkan bubur nasi.. Aku ni pun satu, jenis yang tak reti nak cakap tak boleh kat pengasuh.

Adam Saqif yang aktif

Image
Rindu anak.. Layan gambar je la.. Perangai budak ni sekarang.. Tak boleh duduk diam.. Huhu..

29 Oktober 2014

Image
Assalamualaikum, Amboii.. Galak update blog.. Maklumlah cuti seminggu.. Banyak pulak masa free ye dak.. Hehe.. Kat opis pun ada masa free jugak, tapi internet takde.. Blog pun terabai.. Oppss.. Terpanjang pulak mukaddimah.. Tahun ni terlambat sikit update pasal diri sendiri.. Hehe.. 29  Oktober, hari Rabu.. Hari yang dinanti-nanti.. cewaahh.. Siap dah apply cuti seminggu awal sebab konon-kononya nak pegi dating dengan encik suami.. Malangnya, manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan.. Apa yang dirancang tu jadi jugaklah cuma tak dapat pegi dating full day.. huhu.. Disebabkan si anak kecil demam secara tiba-tiba.. Rancangan terpaksa di ubah.. kena la jaga si kecik tu.. Nasib baik makngah dia tengah cuti sem.. & demam Adam pun dah kebah hari rabu tu.. dapat la kitorang pegi dating sekejap petang tu.. Makngah tolong jagakan Adam.. hehehe.. Tengkiu makngah.. Budak kena tinggal.. Tahun ni takde seprais macam tahun lepas.. Agaknya sebab dah ada