Posts

Showing posts from January, 2016

Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Bercuti di Grand Lexis, Port Dickson

Image
Tak habis lagi kisah 2015, dah masuk tahun baru dah.. nasib la.. mood menaip aku baru datang awal tahun 2016 ni.. hahahaa.. Ni kisah bulan november lepas.. Sempena anniversary perkahwinan kitorang yang ke 3 tahun.. En suami tersayang buat seprais pegi bercuti kat Grand lexis.. Suka beno kitorang pegi sini kan.. Hahaahaa.. Ni dah kali ke 3 kitorang pegi sini.. First dulu pegi time honeymon, second time bawak adam, kali ketiga bawak ammar pulak.. Kitorang pun jarang bercuti.. Sekali-sekala bawak anak-anak kat tempat macam ni best jugak.. sebab ada private pool kan.. boleh mandi puas-puas.. hehe.. Tidur satu malam je.. tak mampu nak bermalam-malam kat situ.. mahal.. Kena berjimat sikit.. Duit nak guna untuk benda lain.. Tapi sekali sekali perlu pegi holiday kan.. Bagi hilang stress kerja.. Ni first time kot Ammar kena duduk lama dalam carseat.. Memang cabaran betol.. Ammar memang beza sungguh dengan abang dia.. Adam so far Alhamdulillah ok duduk dalam car seat.. Ammar,

Kisah Ammar Saif

Image
Dah lama tak cerita perkembangan anak kedua aku ni.. Macam-macam dah kepandaian dia sekarang.. gigi pun dah tumbuh 3 setengah batang.. hahaha.. gigi atas belah kanan tumbuh masa umur sepuluh bulan.. semalam 5/1/16 umur dia genap 11 bulan.. Gigi atas belah kiri baru tumbuh setengah.. hehe.. kelakor ghupa si Ammar bila tengok gigi ada 3 batang je..  Sekarang dia dah pandai merangkak.. masa 10 bulan lebih dah pro merangkak.. duduk pun dah stabil sekarang.. Dah boleh berdiri sendiri tapi kene berpaut la.. meniti belum berani lagi.. Minggu lepas dia dah start nak bercakap.. dah ada suku kata.. macam 'lalala'.. 'yayaya'.. sebelum ni menjerit je.. panggil orang pun menjerit.. sekarang pun sama kalau panggil orang mesti menjerit.. haha.. Berebut barang pon dah boleh tahan sekarang.. Apa yang abang dia pegang, dia pun nak jugak.. kalau abang dia tak pegang dia tak heran pun.. Adam pun camtu.. ape yang adik dia pegang dia pun sebok nak jugak.. Pening.. pening.. Bud

TeratakKecil : Update Rumput Mutiara

Image
Assalamulaikum, Tak cerita lagi apa jadi dengan rumput yang kitorang beli haritu kan.. Ni nak story sikit.. Lepas beli tu, kitorang letak je dulu kat atas tanah.. Pastu 3 hari kemudian baru datang tanam.. sampai rumah tengok rumput-rumput tu semua dah kering.. Waaaaa.. Kuciwa hatiku.. Tapi nasib baik akar dia elok segar lagi.. Harap-harap la lepas tanam rumput tu hidup elok balik.. Sadiss betol.. Kitorang takde upah orang tanam rumput.. Keadaan poket yang tak mencukupi.. So, buat sendiri je la.. Redha je la kalau compang camping.. Hahahhaa.. Buruh kasar yang menanam rumput ni ialah adik aku dgn encik suami.. Aku pun tolong la sikit-sikit gemburkan tanah.. buang-buang batu.. Gini lah ghupanya rumput kering yang dibiarkan 3 hari tak bertanam.. Huhuhu.. Nasib baik hidup.. Kalau tidak melayang 180 hengget.. Pak Lang dengan hasil tanaman rumputnya.. Haha.. Ingatkan dah cukup lah 170 keping yang kitorang beli tu.. Rupanya tak cukup jugak.. Belakang tu ada sikit lagi nak

Jalan-Jalan Penang - Day 3

Image
Fuhh.. Jarang aku menaip panjang-panjang cenggini.. Dah sampai part 3.. Last day.. Pagi tu kitorang sarapan je kat kedai mamak dekat-dekat situ.. Pastu teros gerak pegi Batu Feringhi.. Nak tengok laut kononnya.. Sampai sana atuk,makngah & adam pegi survey laut dulu.. Mami dgn yang lain tunggu dalam kereta sebab ammar tido.. Bila Ammar jaga, aku pun turun la ke laut.. Tengok-tengok Adam dah lencun.. Tak sempat tukar baju mandi.. Aku bajet dia tak berani mandi laut.. Tapi sangkaanku meleset.. Suka sangat dia mandi laut.. Siap hulur muka kat ombak.. Bahaya betul budak ni.. Adam sekarang taknak pandang kamera.. Bajet comey la tu.. Hahha.. Dia tengah menggigil kesejukan time ni.. Lama jugak la melepak kat laut.. Nak dekat pukul 11.30 pagi baru sampai homestay.. Siap-siap nak checkout terus.. Lepas tu gi terjah Restoran nasi kandar Tajuddin Hussain.. Nasib baik bukak.. Ramai jugak manusia.. Tu pun kitorang sampai dah lambat.. Nasi kandar dia pun sedap gila..