Posts

Showing posts from 2013

Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Alhamdulillah ~

Image
Lama tak post entry.. Nak kabo kat semua, dah selamat bersalin.. Hehe.. Baby dah tak sabar nak keluar.. Dia nak keluar jugak masa 36 weeks dalam pewut mama dia.. Hehe.. Memperkenalkan putera pertama kami.. Tarikh lahir 21 November 2013 bersamaan 17 Muharram 1435H Waktu kelahiran 5.44pm Berat kecik je 2.63kg Tempat lahir UMRA Sek 13 Doakan baby & mama sihat ye.. Tq..

A Day To Remember

Image
Assalamualaikum, Hari ni dah 21 Nov, dah terlambat 11 hari dah untuk entry ni.. Hehe.. Takpe lah.. Nak tulis jugak untuk kenangan..  14 January 2005 - The Journey begin.. cewaahhh..  15 April 2012 - Majlis merisik.. Biasa-biasa je.. Tak tunang pun.. Dasar tak penyabar.. malas nak tunang.. kawen je terus nanti.. kikikikiki.. gambar pun takde.. haha..  10 November 2012 - Tarikh yang dinanti-nanti.. Alhamdulillah, dah sah jadi suami isteri.. =) 11 November 2012 - Majlis Resepsi 17 November 2012 - Majlis Tandang 10 November 2013 - Genap setahun perkahwinan kami.. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke Syurga.. Dikurniakan keberkatan dan barakah daripada Allah s.w.t. dan sentiasa di bawah lindungan-Nya.. Amiin..  Sekarang tengah tunggu kehadiran si comel.. Semoga semua dipermudahkan.. Doakan ye korang..  Tenkiu~~

Shopping @ Mydear Warehouse Sale 2013

Image
Assalamualaikum, Plan nak cerita pasal mydear ni masa tengah warehouse sale tu, 31 Okt-10 Nov.. Sorry lah kawan-kawan.. Tak sempat nak buat entry ni.. Warehouse sale ni pun dah habis..At least kalau korang baca time tengah sale tu boleh pergi terjah terus kan.. Ampun kan saya.. huhu.. Berbalik pada cerita warehouse ni.. Aku memang plan nak beli stroller, car seat dengan baby cot bila dah hujung-hujung ni.. Nak beli awal-awal pun duit takdok.. Lagipon bukannya nak guna lagi kan.. Plan asal nak beli baby cot dekat Jusco je sebab harga cot memang murah kalau compare dengan kedai baby yang lain.. Kedai perabot tak survey sebab dah malas+tak larat nak survey dah..  Pastu kawan aku bagitau ade Mydear warehouse sale start 31Okt haritu.. Lama juga dia buat sale.. 2 minggu! Memang tunggu mydear sale ni.. Sempat jugak pergi sebelum bersalin.. kuikuikuikui.. Hari jumaat 1hb tu ikut kawan pegi sana masa lunch hour.. Pergi survey dulu barang apa nak beli.. nanti kita datang balik dengan

Kelas Antenatal @ PMC Sg Buloh

Image
Assalamualaikum, Adoiii.. bersawang dah blog ni.. cerita kelas antenatal ni pun dah basi.. hehe.. Kebiasaannya mommy to be mesti attend kelas antenatal ni kan.. Lagi-lagi yang first time m2b.. Aku plan nak pegi kelas ni pun last minute.. Try nak booking kat kpj, demc tapi semua dah penuh on 27 Okt.. PMC ni aku dah booking awal seminggu.. Free pulak tu.. so pegi je lah.. Kelas start pukul 10am.. Topik yang dibincangkan tak banyak sangat.. sebab free so banyak talk yang di sponsor oleh company-company. 1st session daripada stem cell company, diorang cerita pasal kebaikan stem cell dan sebagainya.. last slide biasalah package harga kalau nak buat stem cell collection dengan diorang.. tak mampu la anak first ni.. tengoklah nanti bila dah berduit, akan diusahakan.. hehe.. 2nd session, nutrition during pregnancy.. Sesi ni bagus untuk mommy to be masa first/second trimester la kot.. yang dah hujung-hujung macam aku ni dengar part-part yang hujung je la.. 3rd session ni best from

Mom & Baby Expo SACC 2013

Image
Assalamualaikum, Hari Sabtu lepas pergi Mom & Baby Expo kat SACC.. Nak survey-survey barang baby yang tak beli lagi.. Pagi tu kitorang suami isteri pergi berjimba dekat sunway lagoon.. Tempat kerja aku buat family day.. Tapi as usual la orang pregnant mana boleh berjimba sangat.. Duduk je la melangut kat situ tengok orang ramai mandi manda.. Kitorang keluar daripada Sunway Lagoon tu pukul 5 petang.. Terus shoot pegi SACC.. Semangat betul.. tak kira dah penat ke ape ke.. hahaha.. Ingatkan dah petang-petang tak ramai orang.. Rupanya penuh sesak lagi SACC tu.. parking pun penuh.. Merayau la kitorang cari barang yang diinginkan.. Aku aim pampers murah.. tapi takde pulak.. Booth tak banyak sangat.. Aku ingat ada la booth macam drypers ke, sweet cherry ke.. Tak banyak booth yang macamtu.. Yang ada pun huggies, diapex.. Yang lain semua booth daripada kedai-kedai.. Macam tak best sangat la.. Tapi alang-alang dah sampai kan.. Takkan nak

Jalan-jalan kat IKEA

Image
Assalamualaikum, Ni cerita minggu lepas.. Dah basi dah pun.. Hehe.. Lepas pegi checkup kat UMRA.. aku ajak encik suami pegi makan meatball kat ikea.. Boring lah asyik terperap je kat rumah.. boleh kematu dibuatnya.. haha.. Kitorang pegi tu hari biasa.. so takdelah ramai sangat orang.. Bolehlah makan meatball dengan gembiranya.. Kalau hari sabtu ahad.. jangan harap la nak beratur panjang semata-mata nak makan meatball.. Lepas makan kitorang cuci mata pulak tengok barang-barang kat dalam ikea.. Berkenan dengan design dapur yang ada kat situ.. Tapi bila tengok harga, boleh juling mata.. Mahalnya la hai.. bila la boleh dapat dapur yang macam ni.. Berangan je la yang mampu pon.. cantik kan.. Kalau dah kata nak cuci mata tu.. jangan percaya la.. mesti ada jugak benda yang terbeli.. haha.. Nak tau aku beli ape.. Beli lilin wangi dengan stand.. nak letak dalam bilik.. Kasi feeling-feeling romantik sikit.. hahaha.. Aku kalau peg

Hadiah Hari Lahir paling bermakna tahun ini

Image
Assalamualaikum, Tajuk tak nak kalah.. hehe.. Hari ni birthday aku.. tak malu betol nak bagitau semua orang.. Sekali sekala ye dakk.. takpelah.. kasi can kat kak yong sorang ni .. kak ke mak? rasa muda sikit kalau kak kan.. hahaha.. Alhamdulillah.. Allah panjangkan umur sehingga hari ini.. Dikurniakan kesihatan & rezeki yang tak putus-putus.. Dapat kahwin.. haha.. sekarang preggy.. lepas ni In Sha Allah jadi seorang ibu.. Aminn.. Oiihh.. panjang pulak mukaddimah.. Hari ni.. 29/10/2013.. Bangun pagi macam biasa.. Mandi, solat, buat air untuk suami tercinta.. Time nak sarung baju kerja tengok-tengok ada benda kat dalam hanger baju tu.. Sepraissss!! Rupanya hadiah dari encik suami.. Kemain lagi buat seprais sampai macam tu sekali.. Terharu ko.. sampai menangis-nangis.. kehkehkeh.. Terima kasih ye abang.. susah-susah je belikan hadiah.. Nak tengok ke hadiah dari encik suami.. Alaaa.. Segan la plak nak tunjuk.. Cehhh.. Memang nak kene p

First checkup @ Hospital UMRA Shah Alam

Assalamualaikum, Disebabkan kes PMC haritu, aku decide nak try check up kat UMRA pulak..  So masa 32 weeks kitorang suami isteri pegi checkup kat umra..  Sampai lebih kurang pukul 9.. Ramai jugak mommies yang buat check up kat sini..  Lama jugak la tunggu.. Tapi servis staff & nurse ok..  Mula-mula nurse panggil amek tekanan darah,urine & timbang berat.. Pastu tunggu untuk jumpa doktor..  tapi UMRA ni tak pakai sistem nombor.. diorang just panggil nama.. so mommy2 sekelian kenalah alert bila nama kena panggil.. Then, nama aku kena panggil, ingatkan nak jumpa doktor dah.. rupa-rupanya sonographer nak buat detail scan.. katanya kalau first time check up & plan nak bersalin situ, diorang akan buat detail scan.. Since kitorang dah buat scan 3d/4d dengan Ms Jesslyn haritu.. kitorang just pilih untuk detail scan 2d je la.. takpelah boleh claim.. kalau tau haritu diorang akan buat detail scan.. time ni aku buat 3d scan sekali.. jimat sikit duit.. heheheehehe..

Aktiviti hujung minggu, mendobi baju baby!

Image
Assalamualaikum, Minggu ni dah masuk 32 weeks.. Awal sangat ke ek dobi baju baby ni? hehe.. takpelah.. At least dah setel satu kerja.. hujung minggu ni pun macam-macam aktiviti nak buat.. ada family day ofis la.. nak pergi kelas antenatal la.. nak pegi ekspo SACC la.. hahaha.. larat ke tak larat tak tau la ni.. Back to story, hari ahad lepas (semalam), aku dengan encik suami bekerjasama menyelesaikan baju baby yang dibeli masa pureen warehouse sale haritu.. Bila nak basuh rasa macam banyak pulak baju ni.. Aku basuh mesin je.. tak larat nak basuh tangan.. dasar pemalas.. hahaha.. nasib la anak oii dapat mak yang macam ni.. Basuh pakai detergen baby tau.. Pakai detergen beli kat pureen warehouse haritu.. Liquid detergen ABD.. encik suami ditugaskan membasuh barang-barang berat macam kat bawah ni.. kena basuh tangan kalau basuh mesin nanti musnah pulak kapas-kapas dalam tu..  Berjam-jam jugak la aku menyidai baju baby ni.. sebab kecik-kecik kan.. dengan tak cu

Dinner @ Laman Grill, Laman Seri Sek 13

Image
Assalamualaikum, Nak story makan-makan kat Laman grill minggu lepas.. Mesti ramai dah tau owner Laman grill ni adalah Chef Zubir juri masterchef yang femes amos tu.. Kitorang booking awal, takut penuh.. Orang nak belanja, haruslah aku melompat-lompat kesukaan.. Abah aku nak belanja ni pun sempena dia dinaikkan pangkat setelah hampir 30 tahun bekerja di company yang amat dia sayangi.. haha.. Alhamdulillah.. Rezeki.. Dulu abah pernah belanja kitorang satu family celebrate birthday emak kat sini jugak.. taktau nak pegi mana lagi tempat special, so kat sini lah lagi nampaknya.. Before this kitorang booking meja luar, sampai-sampai tengok gelap pulak kat luar tu, nak tukar tempat dah tak boleh sebab ramai orang.. dalam pun dah full.. kali ni kitorang booking kat dalam siap-siap.. terang-terang romantik jugak la lampunya.. sesuai la kalau sesiapa nak candle light dinner.. Kat sini diorang sediakan makanan western je tau, jangan pulak korang datang mintak gulai lomak cili api

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

Assalamualaikum, Lama tak menaip.. Sibuk sangat dengan kerja.. hari-hari balik lambat, kesian baby dalam perut ni.. Tak cukup rehat.. ok back to topic, minggu lepas pegi survey hospital dengan en husband.. satu hospital je pun which is PMC.. Plan mula2 memang nak bersalin kat situ je sebab panel, tak payah pening2 nak fikir bayar macam mana, just guna GL je.. Masuk-masuk PMC tengok lobi dia macam kecik je lepastu tak berapa welcoming.. Dalam hati takpelah kita pegi tanya dulu kaunter registration.. Tanyalah pasal pakej bersalin etc.. Dia explain lah sikit2 pasal pakej, lepastu kitorang tanya lah bilik dia macam mana, nurse tu kata gambar bilik boleh tengok kat notis board kat luar tu.. huhu.. ingat nak buat hospital tour tapi dah nurse tu suruh tengok gambar je tak jadi la teruskan niat tu.. Semalam first checkup dekat PMC, sebelum tu call nurse dia kata tak payah buat appointment, so pagi2 lagi kitorang datang lebih kurang pukul 8 sampai sebab nak register etc. takut ramai na

Lunch

Image
Assalamualaikum, Lunch semalam, mak yong ni haa dah bosan makan nasi tengahari kat ofis.. Tengok dekat cafe ada chicken chop.. Fikir dua tiga kali jugak nak beli ke tak sebab mahal kan.. Tapi dah teringin beli je lah.. Orang kata kalau bab makan ni jangan berkira sangat.. huhu.. Hari ni nak makan apa pulak ek.. 

Pureen Warehouse Sale 2013

Image
Assalamualaikum, Ni cerita sebulan lepas.. Pegi pureen warehouse sale.. Sebelum tu dah baca review kat blog lain, rasa seram jugak nak pegi.. haha.. tapi sebab murah kan, nekad redah je la.. Gerak dari rumah dalam pukul 9 pagi macam tu sebab warehouse start pukul 10 pagi.. Baca review orang kata pagi-pagi lagi dah ramai orang beratur kat depan pagar gudang tu.. Malas la pulak nak tunggu lama sampai pukul 10.. Sampai kat sana lebih kurang pukul 9.30 pagi tengok dah ramai orang berkerumun depan pagar.. nasib baik la tak bukak lagi.. hehe.. Nak masuk tu punya la bersesak-sesak sebab jalan masuk dia kecik je.. Terus laju-laju pegi bahagian belakang sebab nak tengok baju.. bahagian depan banyak barang2 toiletteries, botol susu, pampers etc. Sampai je kat belakang, ramai dah berkerumun dekat bahagian baju 3 ringgit, 4 ringgit.. Bila staff pureen hantar baju berebut-rebut la semua orang.. ngeri betul.. aku tengok je la tak berani nak berebut, karang tak pasal-pasal perut ni ja

Pregnancy journey

Assalamualaikum, Apa nak celoteh hari ni ye.. Kita cerita pasal pengalaman pregnant dari awal la.. Masa first2 tau pregnant tu lambat sehari je.. hehe.. tak sabar betul nak cek kan.. tapi tak pegi jumpa doktor lagi untuk sahkan.. tunggu 2 minggu jugak kot baru pegi klinik nak confirmkan pregnancy.. EDD on 16.12.13.. Masa first trimester tu memang la pemalas yang amat.. rasa macam nak tidur je sepanjang masa.. balik kerja confirm terbaring atas katil.. First scan baby kat klinik, doktor kata uri baby kat bawah, sebab tu ada bleeding sikit.. risaunya la takut apa2 jadi kat baby, tapi Alhamdulillah Allah permudahkan takda muntah2 or mabuk2 sangat.. cuma makan tak berapa nak banyak je.. mengidam pun takda sangat.. kadang2 je teringin nak makan steak.. baby ni demand makan western.. hehe.. Masuk 2nd trimester, uri dah naik kat atas dan mama harap uri tu kekal kat atas sampai la deliver nanti.. Masa ni tak banyak perubahan sangat.. Teruskan kehidupan macam biasa.. Makan pun dah

Kali Pertama

Image
Assalamualaikum, First time nak berblog pasal personal.. Rasa macam kena simpan kenangan2 kehidupan ni.. Dah la aku ni cepat lupa.. so, baik kita simpan siap2 dalam blog ni kan.. hehe..   Alhamdulillah, sekarang pregnancy dah masuk minggu ke 28, ada lagi 12 minggu..  sekejap je masa berlalu.. baby pon dah membesar dalam perut ni.. perut lagi la dah membesar kan.. rasa takut nak bersalin pon macam dah nak menjelma ni.. Doktor kata sekarang dah start kena kira pergerakan baby, risau jugak bila doktor cakap tali pusat kalung leher/kepala dia.. tak berapa nak faham apa doktor cakap, maklumlah aku ni cam blur sikit.. haha..  Sekarang mama dah kena rajin kira pergerakan baby, rajin2 la kick perut ni ye sayang.. banyak2 kali pun takpe asalkan baby sihat dalam perut ni.. Macam2 jugak jadi masa start pregnant dulu.. but, Alhamdulillah berjaya jugak lalui sampai minggu ke 28 ni.. Semoga minggu2 yang akan datang ni dipermudahkan Allah.. dan semoga Allah pelihara baby dalam kan