Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Dinner @ Laman Grill, Laman Seri Sek 13

Assalamualaikum,


Nak story makan-makan kat Laman grill minggu lepas.. Mesti ramai dah tau owner Laman grill ni adalah Chef Zubir juri masterchef yang femes amos tu.. Kitorang booking awal, takut penuh.. Orang nak belanja, haruslah aku melompat-lompat kesukaan.. Abah aku nak belanja ni pun sempena dia dinaikkan pangkat setelah hampir 30 tahun bekerja di company yang amat dia sayangi.. haha.. Alhamdulillah.. Rezeki.. Dulu abah pernah belanja kitorang satu family celebrate birthday emak kat sini jugak.. taktau nak pegi mana lagi tempat special, so kat sini lah lagi nampaknya..




Before this kitorang booking meja luar, sampai-sampai tengok gelap pulak kat luar tu, nak tukar tempat dah tak boleh sebab ramai orang.. dalam pun dah full.. kali ni kitorang booking kat dalam siap-siap.. terang-terang romantik jugak la lampunya.. sesuai la kalau sesiapa nak candle light dinner.. Kat sini diorang sediakan makanan western je tau, jangan pulak korang datang mintak gulai lomak cili api pulak.. huhu.. Food not bad.. Sedaap.. Tapi kalau restoren canggih-manggih ni air minum dia memang sikit ke ek.. Comel je gelasnya.. Kalau korang nak merasa makan steak macam mat saleh selalu buat tu boleh la datang sini.. Harga pun takda lah mahal sangat kalau compare dengan restoren terkemuka 5 bintang.. Servis pun bagus.. makanan cepat je sampai.. Pilihan menu pun banyak..  Boleh tengok kat website diorang Laman grill . Apa lagi ek.. tengok je la gambar-gambar kat bawah ni.. Tak berapa cun sangat gambarnya.. snap guna handphone je..


mine

En suami punya





Dessert kongsi-kongsi je sebab semua orang dah kekenyangan tahap maksima.. haha.. 


=)

Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong