Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

First checkup @ Hospital UMRA Shah Alam

Assalamualaikum,

Disebabkan kes PMC haritu, aku decide nak try check up kat UMRA pulak.. 
So masa 32 weeks kitorang suami isteri pegi checkup kat umra.. 
Sampai lebih kurang pukul 9.. Ramai jugak mommies yang buat check up kat sini.. 
Lama jugak la tunggu.. Tapi servis staff & nurse ok.. 

Mula-mula nurse panggil amek tekanan darah,urine & timbang berat..
Pastu tunggu untuk jumpa doktor.. 
tapi UMRA ni tak pakai sistem nombor.. diorang just panggil nama..
so mommy2 sekelian kenalah alert bila nama kena panggil..

Then, nama aku kena panggil, ingatkan nak jumpa doktor dah..
rupa-rupanya sonographer nak buat detail scan..
katanya kalau first time check up & plan nak bersalin situ, diorang akan buat detail scan..

Since kitorang dah buat scan 3d/4d dengan Ms Jesslyn haritu..
kitorang just pilih untuk detail scan 2d je la..
takpelah boleh claim.. kalau tau haritu diorang akan buat detail scan..
time ni aku buat 3d scan sekali..
jimat sikit duit.. heheheehehe..

Lepas dah buat detail scan dia akan bagi cd kat kita.. boleh la simpan untuk rujukan..
Mengikut kata sonographer tu, Pn Siti, baby takda apa-apa masalah.. 
Alhamdulillah.. 
Semoga Allah pelihara anak mama ni dari sebarang perkara-perkara buruk..
amiin..

Then, nama kena panggil jumpa doktor.. 
aku dah request masa register nak check up dengan doktor perempuan..
Masuk bilik doktor nampak doktor perempuan lingkungan umur 40-an kot.. 
Dr Yus namanya..

Seronok dengar Dr Yus explain pasal baby growth and macam-macam la..
Memang detail la penerangan daripada Dr Yus.. 
Peramah & banyak cakap orangnya.. Hehe..

So far, nampak umra macam ok dari segi servis & consultation daripada doktor.. 
Cuma doktor kita tak boleh pilih la masa bersalin nanti..
sebab.. yang sambut baby kalau bersalin normal memang semua doktor perempuan..
Masa check up pun just boleh request nak doktor perempuan.. 
tapi tak spesifik nak doktor mana..
aku tanya kat kaunter tu kalau nak pilih doktor dia kata kena tambah RM500.. 
huuu.. Mahal jugak kalau camtu.. 

Tengoklah macam mana nanti.. nak stick to UMRA atau pegi hospital lain..
Silap-silap bersalin kat hospital gomen.. huhu..
ok la.. banyak lagi sebenarnya aktiviti yang kitorang buat minggu lepas.. 
nak cerita pasal expo, pegi antenatal kelas lagi.. next entry ye.. 
tata~

Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong