Amni Safiyyah 10 bulan

Assalamualaikum semua,

Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini..

Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar.. 


Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pun boleh lah dik oiiii.. Hahahaha..

Menjerit.. Menangis mengada-ngada pun dah pandai sekarang.. Taknak duduk kat carseat.. Pitam mak awak ni nak melayan amni oiii.. Yang paling dahsyat sekali, melekat macam koala.. tak boleh berenggang.. Manja kededek betul.. Geram je ngan dia.. Rasa nak kunyah-kunyah.. Memang seronok kalau dapat melepak je dengan dia.. Tapi kerja lain semua tak boleh buat.. Hahaha..

Apa lagi.. Haaaa.. Gigi belum tumbuh lagi.. Lambat betul rasanya.. Bila tah nak tumbuh.. Tapi kuat makan.. Makan memang banyak.. Tapi berat tang tu je.. Mungkin sebab aktif sangat melasak kot.. Pengaruh abang-abang ni.. Risau betul lah budak girl ni.. Hahaha.. Mainan pun takde beli doll ke apa.. Main mainan abang dia je.. Huhuhu..

Moga amni membesar dengan sihat.. Minggu lepas baru baik demam.. minggu ni abang-abang pulak berganti demam.. Sayang anak mami ketat-ketat!

Gambar random.. Takde masa nak pilih-pilih.. Hahhahaha..



Apesal gambar semua mulut comot ni.. Takpelah.. Comot comot pun tetap comel di mata mami.. 







Ni gambar semalam.. Budak manja nak melekat je.. 

Ok.. Kalau rajin sambung lagi.... 




Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

KPMC, Puchong

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)