Assalamualaikum semua.. Lama aku menyepi.. Sekarang sibuk sikit kat opis.. Jarang dapat update blog.. Pastu sibuk mengendalikan rumah baru.. Ehh.. Hehee.. Tak pernah cerita kat sini pasal rumah kan.. Nanti aku story mory.. La ni nak citer pasal rumput kitorang beli untuk tanam kat rumah baru.. Semalam sempena cuti deepavali dan juga anniversary kitorang yang ke 3 tahun.. En suami menghadiahkan rumput mutiara sempena anny kitorang.. Haha! Tak dapat rantai mutiara, rumput mutiara pun ok la jugek kan.. Hehehe..
Pagi lagi dah keluar rumah.. Tinggalkan budak dua ketul dengan Nekwan.. Time kaseh mak jagakan budak2.. Hehe.. Bermula lah adventure kitorang mencari rumput idaman hati untuk rumah kesayangan.. Sebelum beli rumput tu en suami dah survey dulu.. Nanti sampai sana senang dah tau mana yang nak diterkam.. Huhuhu..
Kitorang decide nak beli rumput mutiara..Masa aku tengok kat google macam tak berkenan.. Sebab jarang aku nampak orang tanam rumput mutiara ni kat rumah diorang.. Yang selalu aku nampak rumput karpet (rumput phillipine).. Tapi laki aku kata rumput karpet ni susah nak jaga.. Kene slalu potong.. Maintenance tinggi.. Huhuhu.. Dan disebabkan kitorang memang jenis pemalas nak mencarakan rumput tu nanti so rumput mutiara is the best choice..
|
*ihsan google - rumput mutiara- |
Panjang pulak mukaddimah.. aku nak cerita kat mana kitorang beli.. melalut lalut dah.. haha.. bila kitorang search review kat gugel banyak yang cakap beli dekat area Klinik Kesihatan (KK) Sungai Buloh.. Sampai sana terus pegi area KK.. Ada 2 kedai je bukak sebab cuti deepavali kot.. kedai 1st kitorang pegi dia bagi RM1.50 sekeping.. Rumput phillipine 2 hengget lebih kot.. tak ingat..
Gi kedai no 2 plak.. Rege rumput mutiara RM 1.50 jugak.. Phillipine rm1.30.. Murah la plak.. Tapi rumput dia cam tak cantik sangat.. kitorang pegi round lagi kedai lain.. Tapi kali ni kitorang pegi kat area hospital plak.. kat belah dalam tu.. Aku lupa nak amek gambar simpang first nak pegi kedai rumput tu.. kalau korang nak pegi cari signboard Kg orang Asli..
*update.. ni gambar simpang pertama
Mula-mula kitorang pegi area luar.. Jumpa rumput mutiara cantik gila.. tapi dia tak jual.. sebab nak buat benih.. Rege RM 1.30! Nangis mak! Takde stok plak.. Pastu round lagi masuk dalam.. jalan satu lane je.. bengkang bengkok plak tu.. ngeri betol..
Ni simpang kedua nak masuk Kg Org Asli..
Jalan dia memang engkorang kena bawak kereta besar ataupun lori.. Jangan bawak kereta mahal.. Menangis tak berlagu nanti.. huhuhuhu
Lepas beberapa kilometer baru lah jumpa tamadun.. Legaa sikit hati.. hahaha..
Cantik pemandangan kat sini.. Sejuk mata..
Banyak jugak kedai kat situ.. tapi ada 2 kedai je yang ada stok.. yang lain semua habis! Licin! dasyat betol.. semorang pakai rumput mutiara ke skang..
Ni kedai hujung sekali.. Gemok-gemok ko rumput mutiara dia.. Geram aku nengok nyer.. Tapi habis stok pulak.. ni semua dah ada orang booking.. Stress! Stress! Haahahaa..
Pegi tanya kedai depan sekali belah kanan, dia kasi harga RM1.80.. mahal gila! pastu tanya kedai sebelah dia.. Wak tokey kedai tu bagi RM1.10!! Menangis kegembiraan aku dengar.. Murah gila kot!! Tapi.. tapi.. tapi.. banyak betul cabaran nak dapatkan rumput murah ni.. Wak rumput ni bizi plak pagi ni sebab dia nak kene siapkan 800 keping rumput order org lain.. so kitorang kene tunggu pukul 3 petang..
Nak taknak kene tunggu la jugak.. Time tu baru pukul 12.. Ada lagi 3 jam.. Aku pon blur masa tu kenapa kitorang tak booking je amek hari Sabtu ke.. Excited sangat kot dapat rumput murah idaman hati.. Hahaha! Kul 1 tu dah start mendung.. Bila dah hujan rumput-rumput tu sure basah punya.. Dah jadi satu hal lain.. Ni pun satu bengong jugak.. Nak jugak beli rumput yang dah basah tu.. Tak boleh nak fikir time tu nak booking dulu.. Kitorang pun tak tanya wak tu boleh booking ke tak.. Gamble je la bawak rumput basah-basah tu.. Masa nak loading rumput masuk dalam kereta, abes bertakung air.. tawakal je la kereta tak banjir.. Time ni memang tak boleh nak patah balik dah.. Redha aje laaa..
Inilah kedai yang murah tu,, Rumput phillipine pun murah, RM 1.10 jugak.. Rumput jepun pun murah gila.. RM 2.80 je! Kalau kat kedai lain paling murah aku tanya rumput jepun RM 3.50.. So, kalau sape-sape yang ada duit lebih nak beli rumput jepun boleh datang sini..
Rumput mutiara kitorang beli dengan kedai 1st skali belah kiri.. Tak gemok sangat tapi ok la.. cantik jugak.. Harga pun berbaloi-baloi!!
Habis banjir masa kitorang datang pukul 3 tu.. Memang basah la rumput-rumput tu..
Ni masa mula-mula nak loading rumput.. Lupa plak nak snap gambar yang last.. Ada la separuh seat tu ketinggian 170 keping rumput.. Dah hujung-hujung tu banyak gila air bertakung.. Nasib baik ada tuala.. kitorang serap air bertakung tu pakai tuala.. Habis kereta mak bapak aku T_T..
Satu lagi kerisauan aku kalau kereta ni tak mampu nak bawak rumput yang berat ni.. Sebab dah kena tambah berat air pulak.. Memang slow gila la laki aku bawak.. Paling laju pun 80km/jam.. Takut terbalik kereta.. tak pasal-pasal pulak.. Rumput punya pasal nyawa melayang.. huhuhu..
Ehh.. Ada ni gambar dah sampai kat rumah kitorang.. Sempat lagi tu beli tanah hitam 12 bungkus.. Nak menambah lagi keberatan kereta.. Huhu.. Pengsan.. Tak senang hati duduk dalam kereta.. Alhamdulillah kitorang berjaya sampai dengan selamat..
Fuhhh~ Jenuh aku menaip panjang-panjang.. Semangat nak cerita pasal rumput ni.. Hehehe..
Ok la.. Jumpa lagi di lain entry.. Babai..
tak sabar pulak nak tengok hasil rumput ni siap ditanam nanti... :) umah kiteorang takde tanah dah nak tanam rumput lawa2 macam ni..kalau tak..tau dah la mana nak beli..dekat jer umah pon..:)
ReplyDeletehehe.. tq k.aty singgah blog picisan ni.. dah tanam dah.. tapi sebab kitorang lambat tanam..tunggu 3 hari baru nak tanam.. daun2 rumput semua kering.. nasib baik tak mati.. kalau tak menangis tak berlagu la.. nanti sy update gambar.. :)
ReplyDeletesis,, boel share tak naam kedai tuh or no phone dia, nk try tanya le sebb ada plan nk amik rumput philipines
ReplyDeleteSori.. Memang tak ada no fon dia.. Nama kedai pun tak ada kot.. Selalu kitorang redah je pegi sana.. Btw.. Bulan lepas baru pegi sana nak beli lagi rumput, tapi rege rumput mutiara dah naik jadi RM1.50.. Dia kata keadaan cuaca tak mengizinkan.. Huhuhu..
DeleteKalau rajin, try la round-round Sungai Buloh tu.. Maybe boleh jumpa yang lagi murah.. =)