Posts

Showing posts from June, 2015

Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Cukur Rambut kali ke dua

Image
Ni aktiviti Ammar Saif hari ahad pagi kat rumah onyang dia.. Cukur rambut dengan Nek Uda.. Adam dulu pun Nek Uda yang buatkan.. Masa first time dulu daddy Ammar yang cukur.. Lulus la jugak untuk pencukur amatur.. Kali ni mintak tolong Mak uda aku buatkan.. Saja cukur lagi sekali sebab rambut ammar tumbuh tak sekata, pastu halus nipis bebenor rambutnya.. Kot lah cukur lagi sekali boleh jadi lebat pulak kan.. hehehe.. Gambar rambut sebelum cukur.. Tak banyak pun rambut dia.. hihii.. Pandai pulak ammar pandang kemere pastu senyum.. Kemain suka Ammar kene cukur.. Mak uda sorang je buat.. Elok je diam tak merengek pon.. Agaknya sedap kot.. Hilang gatal-gatal kat kepala dia tu.. Sebab budak ni kulit sensitip.. Kulit kering.. Panas sikit mula lah naik ruam.. Doktor kata Eczema.. Hmmm.. Kesian Ammar.. Menurun genetik aku lerr tu.. Sebab tu sampai sekarang dia kene pakai mittens lagi.. Sebab tangannye tu dok asyik menggaru kepala.. garu muka, garu perut.. Kalau tak pakai mittens

Makan Pedas

Image
Sejak kes Adam taknak makan ni, puas jugak lah aku pikir camne nak bagi adam makan.. Siap beli food cutter comey dekat daiso.. Tapi sampai sekarang aku tak buat lagi.. hahaha.. dasar pemalas.. Nasib la adam dapat mak pemalas ni.. Hehehehe.. NI cerita sebelum puasa.. Mak aku goreng kuey teow untuk makan petang.. Adam nampak kitorang makan, dia pun sibuk nak jugak.. Memula aku tak bagi sebab pedas kan.. Dia panjat meja dah pulak.. Nak taknak aku bagi la sikit.. Kalau tak bagi nanti dia buat kuak lentang kat atas lantai.. Mula mula dia makan dah rasa pedas dah..  jelir-jelir lidah kepedasan.. tapi dia mintak lagi.. nak makan lagi.. banyak jugak la dia makan.. tapi dia makan sendiri lah.. dapat la makan 5-6 helai kuey teow tu.. Hahaha.. takde la banyak sangat kan.. Budak makan comot.. Hahaha.. Nak makan sendiri.. Orang suap taknak..  Agaknya dia dah bosan kot makan bubur je.. Aku bagi dia bubur memamg dia taknak dah.. Kat rumah pengasuh pun aku tak bekalkan bubur dah..

Salam Ramadhan

Image
Hari ni hari ke 5 kita berpuasa.. cepat jugak eh masa berlalu.. Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ni.. Heeeee..  Tahun ni first time aku puasa dan menyusukan anak.. Tahun lepas mengandungkan Ammar.. Adam pulak dah taknak nyusu badan.. Memang takde pengalaman lagi lah berpuasa sambil menyusu.. Mencabar jugak.. Kadang-kadang tengahari dah lembik kehausan..  Ni aku tengah menaip ni pun dah rasa haus sesangat.. baru pukul 10.30 pagi! Cabaran betul lah.. Hari Sabtu lepas kitorang satu keluarga berbuka puasa kat rumah nenek aku.. Tiap-tiap tahun mesti akan ada sekali family nenek aku (belah mak) akan berkumpul bukak pose ramai-ramai.. Bila semua sepupu sepapat dah besar ni takde lah kecoh riuh sangat macam masa kecik dulu.. Tapi seronok lah dapat berkumpul macam ni.. Tambah dengan 3 ketul cicit baru.. Anak aku 2 ketul, anak kakyong, sepupu aku seketul.. Hahaa.. Suka la onyang nye dapat jumpa diorang..  Time bukak pose macam2 lauk la ada.. Ada laksam, ayam percik, mee gore

Nenek

Image
Satu perkataan yang menghantui semua orang.. kecuali yang benar-benar nenek.. Hahahaha!! Ni alkisah Adam Saqif la ni.. Sejak dah dapat mulut ni memang membebel je lah keje dia.. Antara perkataan yang terawal dia cakap is Daddy.. Nyampah ai.. Anak daddy la katakan.. Perkataan lain memang tak paham la aku.. Dia cakap bahasa Jerman kot.. Sejak umur setahun setengah ni dia dah pandai cakap taknak tapi dia sebut 'nanak'.. hehe.. comey.. Pastu adam dah boleh faham sikit-sikit apa yang kita cakap atau suruh dia buat.. contohnya 'ambilkan handphone', 'Jom tido', 'nak susu tak'.. tapi dia tak reti betul nak sebut susu.. taktau kenapa.. dia malas nak sebut ke ape ke.. Kalau nak susu tu dia punya mengamok kaw kaw punya.. Cuba lah cakap nak susu.. Sonang sikit nak oii.. Ok.. Berbalik kepada tajuk cerita nenek di atas.. Sekarang Adam panggil semua orang 'NENEK'!! Hahahaha.. Aku pun taktau macam mana boleh jadik macamtu.. Agaknya sebab kat rumah pengasuh

Aktiviti Hujung Minggu

Image
Sama je tajuk kalau cerita hujung minggu kan.. huhuhu.. Orang lain cuti sekolah, hujung minggu pegi holiday.. Family aku pun g jengjalan kat vietnam.. Tinggal lah kami 4 beranak.. Nak pegi holiday macam dah suntuk sangat.. Tak suka kalau g holiday takde plan ni.. Tak best.. Hasben aku pun tak dapat cuti lelame.. Dapat cuti hari jumaat je.. Aku pun cuti lah sekali.. Kitorang balik rumah PIL je lah.. hehe.. Bawak Adam & Ammar jumpa Tok ayah, Maktok & makcik pakcik dia.. Anak dah dua.. hehe.. permata hati pengarang jantung..  Ni aktiviti Adam hari pertama kat rumah mak tok dia.. Hahaha.. Main air kat laman rumah..Kolam kecik buatan makcik dia.. Bukan main suka lagi.. Gelak sakan macam orang besar.. Gambar aku letak yang separuh badan je lah.. Nanti dah besar Adam nak baca balik malu pulak kan kalau tengok gambar bogel.. hehehehe.. Siap kene heret masuk rumah.. Kalau boleh dia nak main air lama lagi.. Tengok lah tu mata tak lepas pandang kolam kecik dia

Ammar Saif 4 bulan 9 hari

Image
Ammar dah boleh meniarap.. Yahoooo! Tapi baru sekali je la.. Belum lagi berkali-kali.. Sekarang asyik dok mengiring je.. Kesian pulak tengok dia macam tu.. Nak je aku tiarap kan dia.. geram betul.. Sebab bila dia mengiring macamtu.. Mulut dia mengomel-ngomel.. Agaknya komplen kot sebab tak lepas-lepas nak meniarap.. Haha.. Akhirnya semalam berjaya jugak dia meniarapkan diri sendiri.. hehe.. Dah berjaya meniarap.. Tapi tangan dia tersepit lagi.. Potpetpotpet mulut mengomel.. Haaa.. Dah berjaya keluar kan tangan.. Ni baru kira lulus meniarap.. Sebelum ni ada sekali dia meniarap tapi tangan tak lepas.. So, tak dikira.. hahaha.. Masa Adam dulu aku lupa berapa bulan dia pandai meniarap.. tengok post-post yang lama takde pulak.. Adoiii.. Ni la akibatnya bila asyik malas nak menulis.. Sori sayang Adam.. Tapi rasanya Adam lambat sikit dari Ammar.. Seingat aku lah dalam 6 bulan ke 7 bulan baru Adam pandai meniarap.. Selalu memang camtu kan.. Adik memang cepat pandai dari aban

Adam Saqif

Image
Adam sekarang dah 1 tahun 6 bulan++ .. Semakin lasak.. daaannn.. susah sangat nak makan.. haihh.. makin kurus budak ni.. Risau jugak sebab dia taknak makan.. Tapi sebab dia minum susu macam biasa, takde lah risau melebih-lebih.. sekurang-kurangnya Adam minum susu walaupun taknak makan.. Baru-baru ni asyik demam je.. Bila demam dah elok seminggu lepas tu demam balik.. Rasanya sebab gigi dia nak tumbuh kot.. Agaknya bila gigi dia tumbuh sekali banyak tu yang asyik demam je tak elok-elok.. Tapi bila pakej dengan batuk selsema.. Alahai.. kesiannya lah anak sulung sorang ni.. Selpie sikit Masa kenduri aqiqah Ammar haritu pun dia demam.. tapi lepas makan ubat, main macam tak ingat ape dah.. Nasib baik malam-malam tak meragam sebab terlebih main.. Banyak akal dia sekarang.. Mengada-ngada pun terlebih sudah.. Taknak dengan orang lain.. Atok dgn nekwan nak dukung dia pun susah dah sekarang ni.. Kalau dulu bukan main lagi.. Tak kesah apa pun.. Hehe.. Haaa.. Tengoklah akal dia tu

Ammar Saif

Image
Assalamualaikum, Lama dah tinggalkan blog ni.. Poyo je kata nak update selalu.. Minggu lepas kitorang buat aqiqah untuk anak kedua kami, Ammar Saif.. Tumpang majlis doa selamat sebelum puasa, family aku buat.. Sekali kan je lah dengan aqiqah.. sonang.. Jemput jiran tentangga, sedara mara n kawan rapat je.. Buat simple-simple je.. Buat yang wajib je.. heheh.. Cerita Ammar pulak, budak tomey ni dah 4 bulan.. Cepat je masa berlalu kan.. Macam Adam.. Pejam celik pejam celik dah nak dekat 2 tahun dah budak tu.. Orang kata muka Ammar beza sangat dengan muka Adam.. Aku pun taktau Ammar ikut muka siapa.. hahaha.. Ammar sekarang dah pandai nak borak-borak dengan orang.. Kalau kita ada kat depan dia tapi kita tak layan dia memang dia marah.. Peramah budak ni.. Kalau kita tegur dia mesti dia sengih.. Di usia 4 bulan ni itu je lah kepandaian dia.. belum meniarap lagi.. tapi dah mengiring.. Macam nak meniarap tapi tak lepas-lepas.. hahaha.. Pastu satu lagi, sekarang Ammar suka beb