Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Salam Ramadhan

Hari ni hari ke 5 kita berpuasa.. cepat jugak eh masa berlalu.. Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ni.. Heeeee.. 

Tahun ni first time aku puasa dan menyusukan anak.. Tahun lepas mengandungkan Ammar.. Adam pulak dah taknak nyusu badan.. Memang takde pengalaman lagi lah berpuasa sambil menyusu.. Mencabar jugak.. Kadang-kadang tengahari dah lembik kehausan..  Ni aku tengah menaip ni pun dah rasa haus sesangat.. baru pukul 10.30 pagi! Cabaran betul lah..

Hari Sabtu lepas kitorang satu keluarga berbuka puasa kat rumah nenek aku.. Tiap-tiap tahun mesti akan ada sekali family nenek aku (belah mak) akan berkumpul bukak pose ramai-ramai.. Bila semua sepupu sepapat dah besar ni takde lah kecoh riuh sangat macam masa kecik dulu.. Tapi seronok lah dapat berkumpul macam ni.. Tambah dengan 3 ketul cicit baru.. Anak aku 2 ketul, anak kakyong, sepupu aku seketul.. Hahaa.. Suka la onyang nye dapat jumpa diorang.. 

Time bukak pose macam2 lauk la ada.. Ada laksam, ayam percik, mee goreng, rendang, Nasi arab.. Semua bahagi2 masak.. aku tolong buatkan puding karamel je.. cepat dan mudah.. hehehe.. Gambar tak amek pulak sbb masa time nak buka puasa tu ammar merengek nak tido.. Aku sempat minum air & makan naget sikit je,, pastu tidokan dia dulu.. Dah tak boleh macam dulu dah.. melantak apa saje depan mata.. Hahaa.. sekarang kene utamakan kehendak anak dulu.. 

Adam keje dia nak memusnahkan semua benda.. Main lesung la, main pinggan mangkuk la.. dah la kaca.. bila kita tak bagi, mengamok.. Adam pun sama jugak tido awal, selalu pukul 8 dah naik bilik.. Dia main-main sekejap dalam bilik, pukul 9-9.30 dah tidur.. Tapi bila ramai-ramai macam ni, menahan mata je la dia takmo tido.. Pastu merengek-rengek.. Ini tak kena, itu tak kena.. Suh tidur kat ruang tamu taknak sebab ramai kan.. aku malas nak masukkan dia dalam bilik sebab adik dia tengah tido.. nanti adam bising adik terjaga.. Last-last aku bawak jugak dia masuk bilik.. Mula-mula tu bising jugak la dia.. merengek sana merengek sini.. nasib baik adik dia steady je.. Tidur nyenyak..

Malam tu pukul 12 Adam terjaga.. terkejut sebab bising makngah paklang dia tengok bola..  Aku angkut adam & ammar tidur kat luar.. Sebab bilik tu bilik onyang diorang.. Kesian pulak orang tua tu nak tidur kalau bebudak ni ada dalam bilik.. Dah adam pulak buat perangai.. Taknak tido atas toto.. Letak je merengek.. Pastu tunjuk sana tunjuk sini.. Tunjuk pasu kat tangga.. Tunjuk atas.. Cuak gak aku kot dia nampak apa-apa.. Aku alas dengan cadar yang selalu dia tidur pun dia taknak.. dia tengok je cadar tu.. pastu suh buang.. Aku dah saspen dah.. Ape pulak yg budak ni nampak..

Ni la toto yang dia anti sangat tu..  Haha.. 

Lama jugak la aku ngn dedi adam melayan dia sampai pukul 2 pagi.. Aku try letak adam atas sofa.. Terus dia tido.. takde merengek takde ape pon.. Rupanya dia tak biasa tido kat atas lantai tempat luas camtu.. Sebab dia dah biasa tido dalam cot dia kan.. Haiih.. kesian anak aku sorang tu.. Ammar pulak tak paham ape lagi.. Lepas aku angkut dia letak atas toto tu, dia sambung tido sampai ke pagi.. Ada la sekali dua dia bangun nak menyusu.. Elok pulak tak meragam.. Hehehe..

Panjang pulak cerita kali ni.. Sambung next entry la aktiviti Adam & Ammar pagi ahad tu..


Tata~


Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong