Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Aktiviti Hujung Minggu

Sama je tajuk kalau cerita hujung minggu kan.. huhuhu..

Orang lain cuti sekolah, hujung minggu pegi holiday.. Family aku pun g jengjalan kat vietnam.. Tinggal lah kami 4 beranak.. Nak pegi holiday macam dah suntuk sangat.. Tak suka kalau g holiday takde plan ni.. Tak best..

Hasben aku pun tak dapat cuti lelame.. Dapat cuti hari jumaat je.. Aku pun cuti lah sekali.. Kitorang balik rumah PIL je lah.. hehe.. Bawak Adam & Ammar jumpa Tok ayah, Maktok & makcik pakcik dia..


Anak dah dua.. hehe.. permata hati pengarang jantung.. 



Ni aktiviti Adam hari pertama kat rumah mak tok dia.. Hahaha.. Main air kat laman rumah..Kolam kecik buatan makcik dia.. Bukan main suka lagi.. Gelak sakan macam orang besar.. Gambar aku letak yang separuh badan je lah.. Nanti dah besar Adam nak baca balik malu pulak kan kalau tengok gambar bogel.. hehehehe..


Siap kene heret masuk rumah.. Kalau boleh dia nak main air lama lagi.. Tengok lah tu mata tak lepas pandang kolam kecik dia tu.. Nasib baik tak mengamuk..


Ni aktiviti hari kedua si Adam Saqif.. hehe.. Main baling-baling batu.. Batu tu memang feveret dia tu kalau dia datang sini.. Mesti melepak kat atas batu pastu campak batu tu merata-rata.. haha..


Ammar takde ape lah yang dia buat.. Kocik laie.. Cuma aktiviti dia kat rumah Mak tok dia, dia dah boleh meniarap.. hehe.. 


Ni malam sebelum nak tidur.. Jangan terpedaya dengan gambar.. Haha.. Adam bukan boleh nampak adik dia baring atas katil sekali.. Mesti sibuk nak kacau.. cium tangan la cium kaki lah.. Yang tu takpelah.. Yang tak patutnya kadang-kadang dia pegi lepuk adik dia.. ketuk kepala lah.. haihhh.. Mana boleh biarkan je budak berdua ni,, Bahaya.. Adam pun kecik lagi.. Xpaham lagi adik dia tu tak pandai nak bergurau senda.. Nanti Ammar dah besar, wrestling la korang dua orang.. 

Ok.. Sekian aktiviti dua beradik ni.. 


Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong