Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Nenek

Satu perkataan yang menghantui semua orang.. kecuali yang benar-benar nenek.. Hahahaha!!

Ni alkisah Adam Saqif la ni.. Sejak dah dapat mulut ni memang membebel je lah keje dia.. Antara perkataan yang terawal dia cakap is Daddy.. Nyampah ai.. Anak daddy la katakan.. Perkataan lain memang tak paham la aku.. Dia cakap bahasa Jerman kot..

Sejak umur setahun setengah ni dia dah pandai cakap taknak tapi dia sebut 'nanak'.. hehe.. comey.. Pastu adam dah boleh faham sikit-sikit apa yang kita cakap atau suruh dia buat.. contohnya 'ambilkan handphone', 'Jom tido', 'nak susu tak'.. tapi dia tak reti betul nak sebut susu.. taktau kenapa.. dia malas nak sebut ke ape ke.. Kalau nak susu tu dia punya mengamok kaw kaw punya.. Cuba lah cakap nak susu.. Sonang sikit nak oii..

Ok.. Berbalik kepada tajuk cerita nenek di atas.. Sekarang Adam panggil semua orang 'NENEK'!! Hahahaha.. Aku pun taktau macam mana boleh jadik macamtu.. Agaknya sebab kat rumah pengasuh dia panggil pengasuh dia nenek.. Habis semua orang dia bedal panggil nenek.. Dedi dia yang elok je dia sebut sebelum ni pun dia panggil nenek.. Hahaha.. Nasib la dedi oiii..

Mama ke mami ke hampeh la dia nak nyebut nye.. Tapi ada sekali tu dia sebut 'Mak'.. Banyak kali dia ulang tau.. 'Mak.. Maak.. Maakk.. Mak'.. Sila baca dengan intonasi seperti anak yang hilang mak.. Hahaha! Entah dia paham ke idak apa yang dia cakap tu.. Aku saspek dia tengok cerita drama kat rumah pengasuh dia.. Tu yang dia cakap balik tu.. Dengan muka sedih bagai.. Nak gelak ke nak terharu ke aku pon kompius tak tau nak react macam mana.. Hahaha..

Budak ni makan ligat sekarang.. p/s;Gambar sebelum gunting rambut.. hehe

So far, itu je lah perkembangan Adam Saqif budak comey ni.. Hehe.. Nanti kene tulis lagi.. Kalau tak nak recap balik takde entry nak di refer.. Rugi je..


Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong