Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Aktiviti hujung minggu, mendobi baju baby!

Assalamualaikum,

Minggu ni dah masuk 32 weeks.. Awal sangat ke ek dobi baju baby ni? hehe.. takpelah.. At least dah setel satu kerja.. hujung minggu ni pun macam-macam aktiviti nak buat.. ada family day ofis la.. nak pergi kelas antenatal la.. nak pegi ekspo SACC la.. hahaha.. larat ke tak larat tak tau la ni..

Back to story, hari ahad lepas (semalam), aku dengan encik suami bekerjasama menyelesaikan baju baby yang dibeli masa pureen warehouse sale haritu.. Bila nak basuh rasa macam banyak pulak baju ni.. Aku basuh mesin je.. tak larat nak basuh tangan.. dasar pemalas.. hahaha.. nasib la anak oii dapat mak yang macam ni..

Basuh pakai detergen baby tau.. Pakai detergen beli kat pureen warehouse haritu.. Liquid detergen ABD..


encik suami ditugaskan membasuh barang-barang berat macam kat bawah ni.. kena basuh tangan kalau basuh mesin nanti musnah pulak kapas-kapas dalam tu.. 


Berjam-jam jugak la aku menyidai baju baby ni.. sebab kecik-kecik kan.. dengan tak cukup hanger nya.. hanger kecik dah habis, tinggal yang besar-besar je.. memang tak muat la baju baby yang cinonet tu.. geram betul tengok baju-baju ni semua.. comel sangat-sangat..





Comel kan baju & barang-barang baby ni.. Rasa macam nak kunyah-kunyah je.. Next step kena packing bag hospital pulak.. tu pon nak kena tunggu mood datang baru la nak mengemas.. hehe.. Ok la.. Mata dah nak terpejam ni.. Ngantuk.. See u next entry.. Tata~





Comments

  1. mmg comel je baju2 baby tu kan... sya dh komen psl hosp umra di entri review checkup di sg buloh tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. tahan nafsu je kalau nampak baju baby kat kedai.. hehe.. anak first lagi la rasa macam2 nak beli.. =)

      Delete
  2. salam... alolo..meriahnye baju2 baby.. :)

    ReplyDelete
  3. alahai..sangat comel baju baby..geramm...hihihi...
    salam kenal yer...ila follow sini =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong