Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Bercuti di Grand Lexis, Port Dickson

Tak habis lagi kisah 2015, dah masuk tahun baru dah.. nasib la.. mood menaip aku baru datang awal tahun 2016 ni.. hahahaa..

Ni kisah bulan november lepas.. Sempena anniversary perkahwinan kitorang yang ke 3 tahun.. En suami tersayang buat seprais pegi bercuti kat Grand lexis.. Suka beno kitorang pegi sini kan.. Hahaahaa.. Ni dah kali ke 3 kitorang pegi sini.. First dulu pegi time honeymon, second time bawak adam, kali ketiga bawak ammar pulak..

Kitorang pun jarang bercuti.. Sekali-sekala bawak anak-anak kat tempat macam ni best jugak.. sebab ada private pool kan.. boleh mandi puas-puas.. hehe.. Tidur satu malam je.. tak mampu nak bermalam-malam kat situ.. mahal.. Kena berjimat sikit.. Duit nak guna untuk benda lain.. Tapi sekali sekali perlu pegi holiday kan.. Bagi hilang stress kerja..

Ni first time kot Ammar kena duduk lama dalam carseat.. Memang cabaran betol.. Ammar memang beza sungguh dengan abang dia.. Adam so far Alhamdulillah ok duduk dalam car seat.. Ammar, sangat-sangat tak suka.. Macam-macam benda aku bagi nak distract dia dari merengek-rengek nak keluar dari carseat..


Muka dah boring main mainan dia.. Kasi main jam pulak..


Dah boring main jam kasi main kertas.. Hahaha..


Dah boring main kertas.. Main botol air.. Tapi tengok muka dia tu.. dah tak boleh tahan dah tu.. Dah bosan sangat.. hahaha,,



Gembira beno muka tu bila dah sampai.. Tak kena ikat dah.. Suka la dia..

Tengah tunggu Dedi check in kat lobi.. Kita wefie dulu.. Time ni abang dia tido.. Adam kalau masuk kereta memang senang nak tido.. 

Kitorang amek bilik yang ada 2 katil.. Luas sikit.. Kolam dia pun besar.. Boleh berenang-renang.. Adam nampak kolam suka la dia.. Ammar pulak macam blur sikit.. tak pernah mandi kolam kan.. serius je muka dia tengok kolam tu.. haha..




Kalau korang perasan muka Ammar tu serius je tengok air kolam tu.. 
Dah tak pandang tempat lain dah.. 


Kita lepak atas katil dulu.. Petang-petang sikit baru mandi kolam.. 

Kitorang dapat check in awal jugak.. pukul satu kot.. tak ingat dah.. lepas angkat barang semua letak dalam bilik, kitorang keluar balik.. nak cari makan tengahari.. kebuluran dah time ni.. Disebabkan ada 2 budak kecik ni, kitorang malas nak pegi singgah kedai mana-mana.. Beli makanan bungkus je bawak balik hotel..


Kitorang singgah beli kat tepi jalan je.. Nasi Ayam Golek Bro!.. Sedapp.. Ayam golek kitorang beli sekor.. Mentekedarah laki bini kat hotel.. haha.. dia punya sedap tu sampaikan nak balik Shah Alam pun kitorang bungkus jugak lagi,, Hahahaa,, Gerai dia dekat je dengan simpang keluar Grand Lexis tu.. Kalau keluar dari GL susur kiri.. Gerai dia belah kanan, so kene uturn balik.. Pandai-pandai la korang cari.. Hehhee..


Adam ni ikut mood dia nak makan ke tidak.. kadang-kadang makan banyak.. kadang-kadang sikit je makan.. 

Petang tu mandi kolam sampai lebam.. heheh.. Adam mandi sekejap je.. Dia cepat sejuk.. Kurang lemak kot.. sekejap je dah menggigil.. Ammar pulak, ni first time dia mandi kolam.. Gaya macam pro.. Hahaha..



Ammar suka sangat mandi.. Pandai dia mengepak tangan & kaki dia tu.. Hehehe.. Pastu lama jugak dia mandi.. Takde pulak menggigil macam abang dia.. Ammar sado sikit kan.. Kurang la sejuk.. Hehe

budak kesejukan
Esoknya pun aktiviti mandi kolam je lah.. takde pegi jalan mana-mana pun.. Sebab memang plan nak melepak je dalam bilik..  

Ok.. itu saja cerita cuti-cuti 2015.. 




Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong