Assalamualaikum,
Aduiihh.. Stressnya! Cerita pasal basikal ni tinggal nak published je.. Aku taip guna blogger apps kat android.. Dari semalam sampai ke hari ni asyik publishing je.. Tapi bila aku bukak kat laptop, post ni kosong takda tulis apa-apa.. Kena la mengarang balik ni.. Masalah problem betul laaa.. Hmm.. Takpe.. Sabar.. Sabar..
Ok.. Minggu lepas ada MyDear Warehouse Sale 23 okt - 2 nov.. Aku memang dah aim awal awal dekat mydear ni nak beli beskal.. Excited sebab anak dah pandai duduk.. Boleh la dia naik beskal.. Hehe..
Aku pegi hari jumaat tengahari dengan kawan opis.. Biasa lah aktiviti orang pompuan.. Jumaat tengahari pegi shopping.. Kihkihkihh.. Sampai kat sana dah ramai jugak orang yang menyoping.. Berpeluh ketiak jugak le kepanasan kat situ.. Huhu..
Mula mula aku ingat nak beli beskal yang 2 seater.. Sebab senang nanti kalau dah ade adik boleh naik sekali.. Penjimatan berganda.. Huhu.. Harga lebih kurang je yang 1 seat dengan 2 seat.. Tapi design 2 seat ada 2 jenis je.. Tak berapa nak cantik pulak.. Hasilnya setelah di tilik di belek, aku pun beli yang 1 seat.. Orang pompuan kan mesti la pilih yang cantik.. Huhuhu..
 |
Ni la beskal nye.. |
Petang tu terus try test kat adam.. Bagi dia naik.. Suka betul dia! Mula mula tu mulut bising jugak.. Bila orang tolak, dia senyap.. Nak kata takut tak jugak sebab bila nak angkat dia keluar dia marah.. Haha! Masa tolak first time tu dia taknak duduk.. Berdiri je.. Dah lama sikit baru dia nak duduk..
Pastu mak aku tanya, ni hadiah besday ke ni.. Eh.. Yelah.. Baru aku terpikir.. Bulan ni Adam setahun.. Nak beli hadiah baru ke ek.. Sebab bulan ni banyak nak guna duit pulak.. Hujung bulan ni ada baby expo kat mid valley.. Pureen lagi.. Hahaha.. Kalau tak lari bajet boleh la kita beli yang lain.. Kalau bajet burst, assume beskal tu sebagai hadiah umur setahun la ye.. Alaaa.. Adam tak kesah pun kan.. Hehe..
Maka berjimba la Adam dengan beskal dia tu.. Asal nampak beskal je tunjuk.. Kalau kita buat taktau je mula la nanges mengada.. Hehehe.. Nanti dah besar pandai mintak basikal baru pulak.. Get ready daddy.. :)
 |
Mama.. Bestnyaa basikal ni!! |
 |
Adam nak kayuh boleh ke??? |
Jumpa lagi..
Tata~
Comments
Post a Comment