Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum,

Kali ni nak cerita aktiviti kami anak beranak masa hujung minggu.. Combine la ek minggu lepas dengan minggu-minggu sebelum ni.. Hehe..

Selalunya kalau tak duduk kat rumah kitorang akan pergi rumah FIL, bermalam kat sana.. Ataupun pegi rumah nenek aku bawak Adam tengok onyang dia.. Weekend yang baru ni tak pegi mana pun.. berehat je kat rumah.. Asyik berjalan je kan.. Sekali sekala nak jugak melepak kat rumah..
Tapi Adam ada aktiviti dia sendiri.. Disebabkan budak comel ni hantu air.. Hari-hari cuti ni mandi kolam la jawabnya.. Bukan main seronok dia kali ni.. Siap menjerit-jerit kegembiraan.. Agaknya jiran selang dua rumah pun boleh dengar suara dia.. hehe.. Aku beli kolam yang tinggi tu.. Jenis yang boleh tenggelam.. Boleh la Adam berenang-berenang kan.. Cuma kolam tu tak besar sangat la.. Tak boleh la buat kuak lentang dalam tu..



Ok.. Habis cerita kolam.. Cerita pegi jalan-jalan pulak.. Haritu kitorang bawak Adam pegi Mid Valley.. Dah lama rasanya tak jalan-jalan kat shopping kompleks.. Selalunya kalau pegi kompleks or tempat-tempat yang luas kitorang akan bawak stroller sebab Adam kalau mengantuk dia akan tidur dalam stroller tu..

Kalau pakai carrier, mengantuk camane pun dia sanggup tahan mata dia.. Sebab dia suka tengok keadaan sekeliling.. Tengok orang.. Tengok lampu.. Lagi-lagi kalau ada budak umur 2-4 tahun lalu lalang.. Memang dia suka.. Siap tegur lagi..

Kali ni macam biasa bila dia dah tunjukkan tanda-tanda nak tidur tu, encik suami akan baringkan seat stroller tu.. Baringkan dia.. Pastu kitorang tolak je lah stroller tu sampai dia tertidur.. Tengah tolak tu tengok-tengok dia dah jadi macam kat bawah ni..



Hahaha.. Adam buat stroller dia macam katil kat rumah pulak.. Adohaii.. Kelakar pun ada.. Macam-macam la perangai budak kecik ni.. Ada je idea dia.. Bila dah meniarap tu aku nak baringkan balik dia marah.. Dia meniarap balik.. Pastu dah menangis merengek taknak baring dalam stroller.. Hmm.. Perangai baru ni.. Pening kepala oii.. Lepas tu suruh encik suami buatkan susu.. Bagi susu terus lentok.. Rupa-rupanya nak susu.. Heee.. Blur pulak mama adam ni bila dapat jalan-jalan kat shopping complex.. Kihkihkihkih..

Ok lah.. Setakat ni dulu cerita aktiviti Adam di hujung minggu.. Nanti sambung lagi.. Bye bye aunties..


Tata.. Assalamualaikum..


Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong