Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Mr Food Butcher & Grill, Putra Height

Hari khamis lepas pegi dating dengan encik suami.. Sejak ada anak ni dah lama tak berdating.. Hehe..
Selalunya malas nak keluar tengahari ni sebab masa rehat bukannya lama.. 1 jam je.. Tapi sebab dah nak termuntah duduk ofis sebab stress sangat kerja.. Keluar la jugak sebab nak hilangkan stress.. Pegi deting sejuk sikit hati ye dak.. Huhu..

Memang dah lama nak pegi makan kat sini sebab dekat je dengan rumah.. Akhirnya tercapai jugak hajat encik suami nak makan makanan western..

Kitorang makan kat Mr Food Butcher & Grill, Putra Height.. Sedaaap.. Daging dia lembut.. Side dishes pun sedap.. Mash potato tak hancur sangat.. Sapa yang suka ok la.. Aku ni makan je semua.. Asal boleh telan.. Haha..

Harga.. Not bad.. Susah nak dapat harga yang murah dan makanan yang sedap.. Murah kat sini maksudnya kalau compare dengan hotel-hotel.. Jangan pulak korang compare dengan kedai makan pak abu ke mak siti ke.. Hehe..

Mana lagi sedap.. Laman grill ke Mr Food? Bagi aku dua dua sedap.. Dua dua ada citarasa sendiri.. Tapi Laman Grill macam eksklusif sikit.. Harga pun lebih kurang je..

Lepas ni nak try kambing pulak.. Nyumm.. Nyuumm..


Back Ribs.. Encik suami punya..

Rib Eye steak.. mama Adam punya.. Sodaapp..



Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong