Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Penyedut hingus baby

Adam kena selsema sabtu lepas.. Hari jumaat pegi cucuk 5 bulan.. Sabtu selsema dengan demam sikit.. Sebab cucuk ke ek.. Masa hari sabtu tu asyik bersin je macam orang resdung pulak..Sampai sekarang selsema still ada lagi cuma dah tak meleleh-leleh.. 

Tapi yang kesian sangat sebab suara dia jadi serak.. Tapi tak batuk.. Alahai bila dia nak menangis ke nak bercakap ke rasa macam kesian sangat.. Comel pun ada jugak bila dengar suara dia macam tu.. hehe..Cepat la sembuh Adam.. Kesian sangat bila tengok dia soksekoksek selsema..

Kitorang cuba pakai pam sedut hingus tu.. Dapat jugak keluarkan hingus dia.. tapi berperang jugak lah dengan Adam.. Pandai budak ni.. baru 5 bulan dah pandai mengelak taknak kene sedut..

Budak kunyit

Hari Ahad aku pegi pureen warehouse sale.. Sempat lagi tu pegi.. Rugi wooo kalau tak pegi.. Stok sabun Adam pun dah nak habis.. Dulu aku beli sabun tu time pregnant 6 bulan.. Adam tak ikut pun.. Tinggalkan dengan nenek dia.. Mekacih mak jaga Adam.. huhu.. Pasal warehouse ni aku cerita kemudian ye..

Petang tu selsema Adam still tak kebah lagi.. Kesian dia tidur pun tak lena.. Sebagai mak yang risau, aku pun dengan segera pegi carik penyedut hingus kat guardian.. Aku nak cari yang penyedut pakai mulut tu.. Kalau jenis pam tu macam kureng berkesan.. Tak ade la pulak kat guardian.. Pegi la round kat kedai-kedai berdekatan.. Nasib baik lah ada kedai baby yang still bukak lagi.. time tu dah pukul 7 malam.. 

Nasib baik jugak lah kedai baby tu ada jual penyedut hingus tu.. Legaaa.. Aku beli brand Autumn.. Tu je pun yang ada kat kedai tu.. Amek je lah daripada takde.. Boleh tahan jugak harga dia.. 




Ingatkan penyedut yang ni ok la dengan dia.. Sekali sama je..  Berperang jugak..  Siap pakej menjerit-jerit.. Hehe.. Comel betul lah Adam ni..

Adam: Daddy ape bende ni?? macam kenal je..

Adam : Alamak! penyedut hingus! tidak!


Adam : Daddy! taknaklah!

Adam : Adoiii.. Dah termasuk dalam hidung.. Pasrah je la..

Hasilnya, banyak jugak la hingus yang berjaya disedut.. Encik suami la yang buat.. Mama Adam tolong tangkap gambar je.. hehe..  

Sekarang still ada lagi sikit-sikit.. Tak seteruk hari ahad tu.. Nak try teknik percussion pulak.. tapi kalau hari kerja ni asyik tak sempat je.. Kesian Adam.. Im sorry darling.. Adam cepat sembuh ye.. 



Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong