Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Roomies Suites, Batu Feringhi, Penang

Aku ada janji nak cerita pasal hotel yang kitorang duduk kat Penang haritu.. Actually nak kata hotel, tak macam hotel pun.. Dia claim sebagai Boutique Hotel.. Bangunan dia macam bangunan kedai.. Ok je sebenarnya.. Cuma kitorang macam culture shock sikit lah. Kahkahkah.. Tak pernah tidur hotel cenggini.. Selalunya stay kat apartment ataupun hotel yang hotel tu lah.. adoii camane nak cakap.. Buat buat paham je lah ye..

Aku survey kat agoda.. Baca review orang kata hotel ni bagus.. Walaupun hotel dia 2 bintang je.. Tapi review dari guest, excellent.. Buat blogwalking, tak ramai sangat yang review.. Tapi ada la diorang letak gambar bangunan.. Bila sampai aku tengok apasal lain macam je.. Bilik pun macam kecik sikit.. Rupanya Roomies ni ada dua tempat tapi dekat-dekat.. Roomies yang lagi satu tu aku tengok macam besar sikit bilik dia.. Adoii.. Silap la ni.. Tapi takpe.. Yang ni pun ok sebenarnya.. Cuma kecik sikit lah untuk sesiapa yang ada anak dua macam aku ni.. Lagi-lagi budak dua ketul tu suka melasak..

gambar ihsan google.. Yang ni Roomies Penang Guest house..
Aku dah simpan gambar ni dalam kepala otak aku ni.. Bila sampai sana lain pulak bangunan nye..
Haaa.. Ni la bangunan Roomies Suites.. Roomies suite ni kat second floor.. Ada lift disediakan.. yang ni, kalau nak gi pantai kene naik kereta.. Kalau guest house tu boleh jalan kaki je.. Pastu kat sini banyak jugak parking.. Senang jugak lah.. Aku baca review roomies guest house tu parking dia limited sikit.. Ni aku amek gambar dari stesen minyak petronas.. Kat sini memang complete lah.. semua ada.. Kedai makan melayu, KFC, Subway.. Macam-macam adaaa..

Sila abaikan model yang tak berbayar tu.. Hehehe..
-Lobi-
-Lobi-
Suka betul budak-budak ni landing kat bean bag..
Maafkan kualiti gambar yang tak berapa semenggah ni.. Kene beli handphone baru la nampaknya.. Daddyyy.. heheheh..

Tak cantiknya gambar!! ni je gambar yang ada.. terpaksa lah letak jugak.. Basically bilik ni besar ni je lah.. ada ruang sikit depan katil tu lebih kurang 5 kaki kot.. Belah kanan pintu masuk, pastu bilik air.. tak snap gambar.. Bilik air dia macam besar sangat.. rugi space kat situ.. Pastu takde rak ataupun laci.. susah sikit la nak letak barang.. Tu je la kelemahan dia.. kitorang letak jam, wallet sume kat side table tu je.. penuh jugak lah sebab kat situ dah ada kipas, air kosong untuk minum, towel kecik, siap ada buku novel lagi..

Kenapa ada belon-belon.. lilin-lilin tu.. hehehe.. aku buat special arrangement dengan hotel.. mintak diorang deko sikit.. deko tu diorang tak charge pun.. cuma kena bayar harga kek je.. aku nak buat surprise untuk suami tercinta.. cewaahhh..Birthday dia awal bulan 8 haritu.. Kebetulan nak pergi bercuti dalam bulan 8 jugak, saje la buat surprise.. Tapi bilik tu dia yang bayar lah.. kahkahkahkah..

Siap lukis-lukis lagi.. ai loike! Aku lupa bagitau kat diorang aku ada dua anak kecik.. booking kat agoda 2 adults je.. Sebab tu dia pasang lilin tu.. Konon-konon romantik la laki bini dua ketul je honeymoon.. Kahkahkah.. Berangan je lahh labu...
Pakej aku bayar kat agoda termasuk breakfast sekali.. Masa sampai tu aku kompius jugak, kat mana tempat breakfastnye.. kat luar tu ada macam cafe.. mungkin kat situ la kot.. sekali bila tanya dia kata breakfast kat lobi je.. culture shock lagi.. kahkahkah.. Tu pun dia bagi nasi lemak bungkus.. Korang boleh request nak berapa ketul.. Nasib baik sedapp.. Mungkin stail butik hotel memang camni kot..

Satu lagi aku terlupa nak amek gambar.. kat lobi tu ada satu tempat dia letak air panas, gula, creamer, 3 in 1.. semua ada kat situ.. kalau korang nak buat air panas kena keluar bilik, buat kat situ.. Aku ok je.. bukan isu besar bagi aku.. bilik kitorang sebelah lobi je.. senang nak buat air.. Masa sarapan pun buat air kat sini jugak..

Haaa.. Nasib baik ada gambar dari hempon encek suami.. semenggah sikit.. hahaha.. malas nak susun balik.. layan je laaa kat bawah ni..


Haaa.. ko tengok.. mana reti duduk diam budak-budak ni.. lagi-lagi si adik.. meligat je..


-Lobi-
-Pintu masuk-
Kena bukak selipar.. Masuk lobi, check in.. pastu terus masuk bilik.. Untuk keselamatan, selipar bawak masuk dalam bilik.. Aku pakai selipar buruk je.. so tinggal kat luar je.. malas nak angkut masuk bilik.. Nasib tak hilang..

Hmmm.. Apa lagi tak cerita ek.. Tu je kot.. So far.. aku ok je bermalam kat sini.. Servis pun bagus.. Cuma roomies kena letak para atau rak kat dalam bilik.. Senang nak letak segala tok nenek barang kecik macam cincin, purse, jam dan seangkatan dengannya.. Aku kasik 4 bintang.. Hehehh.. nak berbintang-bintang jugak.. Layan je lahhhh..

Ok bye..




Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong