Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Aroma Ikan Bakar, Jeram

Assalamualaikum semua,

Lama dah entry ni bersawang.. Tak publish2.. Asalnya aku taip entry ni sebelum bersalin.. Korang baca je lah ek.. Malas nak karang balik.. Hahaha..

Masih bersiaran lagi kitaa.. Belum bersalin lagi ni haa.. Sedap agaknya adik adam duduk dalam perut.. Taknak keluar lagi dia.. Asalkan sihat ye dakk..

Ok.. Ni nak cerita aktiviti weekend sebelum beranak.. Family aku pergi makan kat Jeram lepas hantar adik aku kat sekolah dia.. Ni kes aku le yang nak makan.. takde lah teringin sangat.. Tapi nanti kalau dah beranak kempunan pulak.. Nak tunggu lepas pantang lambat lagi.. hahaha..

Sampai sana lebih kurang pukul 6.30 petang kot.. Dah penuh jugak lah parking.. Kitorang malas nak booking ingatkan macam takde lah ramai sangat kalau petang camtu.. Sekali ramai jugaakk.. Nasib baik senang jugak dapat parking..



Sampai-sampai kita amek gambar dulu..

mak buyung nak interprem jugak





Pilih-pilih ikan ni memang mak aku le selalu yang buat.. Aku belum ada skill lagi.. Hahaha.. Kitorang amek sotong, ketam, ikan siakap, kepah kena amek sebunjut tu kot sebab tu je yang ada kat dalam bekas tu.. banyak gilaa.. Yang nak makannya bukan ramai sangat..

Lepas dah pilih menu tu kitorang jalan-jalan dulu kat kawasan kedai.. Besar rupanya tempat ni.. memang banyaklah meja makan.. Tapi kalau datang malam memang kene booking kot sebab ramai orang.. Nasib baik kitorang datang awal sikit.. tu pun dah penuh meja..


Kat sini ada jugak sediakan tempat makan macam gazebo kat atas tu.. Tapi korang kena bayar la.. Yang kat atas ni RM10..


Yang ni harganya 20 ringgit.. Aku pun tak tau apa beza.. Rasanya macam besar sikit kot.. Dan lokasi dia tepi pantai.. Boleh tengok sunset.. Dengar bunyi ombak berdesir.. Ceewaahh..



Suka sangat Adam dengan cengkerang yang dedi dia kutip.. Tu dia mintak sebab aku amek dari tangan dia.. Sebab dia nak sumbat cengkerang tu dalam mulut! Bahaya betul budak ni.. Tapi bila kita amek mula lah meraung.. protes.. Haha.. Nak tak nak kena bagi jugaklah.. Tapi kene monitor.. Nanti tak pasal-pasal tercekik..


Taknak lepas tu cengkerang dari tangan dia..

Lebih kurang setengah jam kot, makanan pun sampai.. Sebab kitorang datang petang.. Cepat la sikit dapat makanan.. Ada yang datang lepas maghrib, memang lama jugak la diorang tunggu makanan sampai..

Ikan siakap 3 Rasa

Ketam telur masin, Sotong goreng tepung, Kepah masak cili

Masakan diorang sedap jugak.. Harga pun boleh tahan.. Kalau teringin nak makan ikan bakar Umbai tapi sebab jauh, boleh la datang sini.. Kalau ikut tekak aku, kat Umbai tu memang the best.. Kedai yang first sekali.. Sedap wooo.. Memang dah kene mandrem kot aku dengan kedai tu.. Kihkihkih..

Last but not least, budak yang meragam time orang tengah makan.. Dia pun nak makan jugak benda-benda pedas tu.. Haiiihh.. pening kepala nak oii..

Budak manja makngah

Ok lah.. itu saja.. tata~~



Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong