Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

KLIA. TRAIN. AEROPLANE.

Dah lama cerita ni terperap dalam kepala aku ni.. Nak menaip takde mood.. Asyik kepenatan je.. Ammar tak berapa sihat minggu lepas.. Demam.. Adam pulak macam baru nak start demam semalam.. Bertabahlah.. Cepat-cepat sihat anak anak ku..

Ok.. Berbalik kepada tajuk entry kat atas tu.. Aku ngajak laki aku bawak budak-budak pegi tengok aeroplane.. memula dia macam  pelik.. Dia kata ada ke orang buat macamtu.. Aku cakap ape yang takde nye.. Ade je lah.. Lagipun asyik bawak pegi shopping complex je.. boring ahhh.. sekali sekala buat aktiviti lain syok jugak.. Laki ku turutkan jugak la kehendak aku ni.. 

Kitorang parking kat KLIA pastu naik Train pegi KLIA 2.. Seronok lah Adam dapat naik train pastu dapat tengok kapal terbang.. 2 in 1.. Kat KLIA 2 kan ada macam anjung, korang boleh tengok kapal terbang nak gi parking kat tempat amek penumpang tu.. Pastu dari jauh boleh nampak kapal landing ataupun berlepas.. Tapi kat luar tu panas.. Kitorang sampai situ pun dah dekat tengahari.. So takde lah lama sangat melepak kat situ... 


Sebelum pegi KLIA 2 singgah baby room dulu.. Tukar diapers dorang.. Besar baby room ni.. Senang nak tukar diapers.. Nak breastfeed pun senang..

Nampak Adam macam dah besar sangat dalam gambar ni.. Ni last la gambar cenggini.. Malu.. Hehehe.. Waaaawawawaaa!! Adam dah besar.. Dah tak macam baby dah..  Rindu masa Adam baby dulu..

Tengah tunggu train


Adam ni muka dia sepesen je kalau excited ke suka ke.. Muka cam takde perasaan.. Hahaha

Dah sampai.. Macam ni la rupanya dari anjung tu.. Takde la dekat sangat.. Tapi memang nampak jelas lah..




Excited Adam dapat tengok dekat-dekat.. Selalu dia tengok kat atas langit tu je.. Ammar time ni tido pulak dia.. tapi takpelah dia tak paham pun lagi.. 

Lepas tengok kapal terbang, kitorang jalan-jalan dalam KLIA 2 ni.. Tak terasa macam airport.. Design dia lebih kepada shopping complex.. Singgah Texas chicken sekejap, makan eskem scones.. Sedapp.. 

Adam dah selamat mentido.. Time nak balik naik train ke KLIA baru dia jaga... Nasib baik jaga.. kalau tak, tak dapat merasa naik train masa nak balik pulak.. Hehehe.. 


Ok.. cukup sampai sini je lah.. bye..


Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong