Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Adam dan Taman Permainan

Apa aktiviti hujung minggu korang yang lepas? Aku macam biasa lah.. Kalau tak keluar pegi check up.. Tak pegi shopping kompleks.. Aku duduk rumah je la.. Tak pun pergi rumah PIL.. Sabtu lepas En Suami kena kerja.. Haiihhh.. Boring la kitorang anak beranak.. Adam pun boring agaknya.. Yela.. Mama dia ni tak larat dah nak melayan dia.. Daddy dia je la yang selalu main dengan dia.. 

Hari Sabtu tak buat apa-apa sangat.. Hari Ahad pergi rumah PIL.. Mak tok dengan Tok Ayah dah lama tak jumpa Adam.. Sampai sana pun dah dekat tengahari sebab kasi laluan kat En Suami tidur dulu.. Dia kerja shift malam.. balik pulak pukul 7 pagi.. kepala memang tingtong la.. huhu.. 

Kawasan rumah PIL aku ni boleh dikatakan baru jugak lah.. Kawasannya memang bersih.. Cantik je.. Tak sampai 5 tahun lagi kot.. Taman permainan memang cantik lagi lah.. Petang tu kitorang bawak Adam pergi taman.. Saja nak try bagi dia main buai.. Bukannya reti sangat budak tu sebab dia tak boleh jalan lagi kan.. Tapi mak bapak dia ni yang excited.. huhu..

Saja nak test kot-kot Adam ni jenis yang berani ke takot ke nak naik buai.. 

Testing.. Testing..

Ni lah hasilnya.. Bukan main lagi suka.. Hahaha..



Lepas tu testing jongkang-jongket pulak..

Kena pegang budak ni.. Kalau tidak memang tergolek lerr.. Mana reti balance kan badan lagi.. hehehe..  Muka macam dah pro kan..


Mana reti duduk diam.. tengok tu.. taktau takut budak ni..



Ahhh.. Sudah.. dia buat aksi macam ni pulak.. haahaha.. Lawak la Adam ni.. 


Ni lah muka kebahagiaan dia kalau dapat buat benda yang dia suka.. Tunjukkan gigi kapak dia tu.. Hehe..

Kalau dah boleh jalan nanti lagi tak terkejar kot.. Kalau tengok perangai dia sekarang ni.. Belum dapat kaki lagi dah melasak.. Kadang-kadang tak bagi orang pegang dia.. Nak turun dari katil pun sesuka hati je.. Dah pandai sangat ke anak oiiii.. Buat sakit jantung mama je budak ni..

Lepas ni kalau dah pandai sikit kita pegi main kat playground yang ada macam-macam ek.. Mood berangan.. =P


Tata~~



Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong