Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Seoul Garden Hot Pot, Main Place USJ

Ini cerita lunch hari Selasa lepas.. Tekak ni teringin nak makan makanan Korea la pulak.. Sebelum beranak, semua makanan nak telan.. Haha! Haritu jalan-jalan kat Main Place USJ, nampak kedai Seoul Garden Hot Pot.. Hmm.. Kedai baru nih.. Kedai ni tak buat buffet macam seoul garden yang lain.. Dia just ada menu ala carte sahaja..

Selalu kalau aku teringin nak makan Korean food, aku pegi Mid Valley.. Selalu makan kat food court Garden..  Tapi bulan lepas kot aku pegi.. Food court tu dah takde dah.. Taktau lah renovation ke ape.. Sayang betul.. Sebab Bibimbap dia sedap.. Kalau set, dia ada Sup kimchi sekali.. Sedaapp.. dapp.. dapp..

Bila nampak Seoul Garden ada buat Bibimbap ni.. Aku pun nak try la.. Kot-kot sedap kan.. Aku pergi dengan En Suami.. Malas nak drive.. Suruh dia amek je kat opis.. Hehe.. Sampai sana, tengok menu.. Ada macam-macam.. Pastu blur taktau nak order apa.. Hahaha.. Aku mestilah amek bibimbap kan.. pastu aku cari sup kimchi.. takde pulak..diorang ada kimchi pickles je.. Aku order jugak yang tu.. nak rasa kimchi dia sedap tak..


Yang ni aku punya.. Beef Bulgogi Bap.. Encik Suami amek Marinated Beef Bap.. Malas nak amek gambar.. lebih kurang sama je.. Cuma rasa daging dia lain la sikit.. Tapi laki aku kata, aku punya lagi sedap.. Huhu.. Nasib baik tak salah order.. Haha.. Dalam mangkuk kecik macam 4 segi tu Kimchi Pickles.. Rasa sedap jugak.. Dia punya rasa jeruk tu tak kuat sangat.. Rasa cuka kot ek.. Dalam mangkuk bulat kecik tu sos untuk makan dengan bibimbap tu.. Apa tah nama sos dia..



Ni En Suami yang order.. Dia suka ayam goreng.. So, pegi mana-mana kedai mesti nak kene try ayam goreng.. Hehehehe.. Ayam rangup.. Sedap.. Tapi sos dia agak manis sikit.. Aku kureng sikit kalau manis-manis ni.. Kalau dessert takpe..


Nampak tak sudu panjang tu.. Suka sangat! KeKoreaan gitu.. huhu.. Air ni aku amek Cinnamon Tea sebab free flow.. Air dia sedap! Wangi je bau cinnamon..

Hasil mengidam Korean Food..


Licinss!! Kenyang gilos! Nasik dia banyak betul.. Tegang perot aku dibuatnya.. Termengah-mengah nak menghabiskan satu mangkuk ni.. Hehe..

Tapi... Aku rasa Korean Food dekat food court Garden tu macam lagi sedap la.. Lagi berperisa.. cewaahh.. macam chef pulak.. Laki aku pun kata macam tu.. Sebab kat Garden tu masakan dia di supervised oleh orang korea sendiri.. Maybe sebab tu lah lagi sedap kot.. Tapi takpelah.. Ada alternatif lain kalau mengidam sangat nak makan korean food kan.. hehe..

Harga.. boleh tahan.. dengan portion dia yang banyak tu, kira berbaloi lah..


Kalau korang nak try boleh lah datang kat Main Place ni.. ataupun ada satu lagi outlet dekat Cyberjaya..



ok lah.. itu sahaja food review pada hari ini.. Jumpa lagi..


Tata~


Comments

  1. Sedap pulak nampaknya... selalu nya saya kurang suka makanan dari Jepun dan Korea...saya ada anggapan diorang tak masak... tapi nampaknya kat gambar tu diorang masak matang tu...

    tapi harga mak aiii... sesekali boleh lah... takleh selalu nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni memang masak punya.. Hehe..
      Sekali sekala je lah.. Bila teringin kan..
      Kalau hari2 memang bankrap la jawabnya..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong