Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu...

TravelogRin - Japan - Tokyo - Day 3 - Part 1

Hari ke-3

Mount Fuji

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, tak mandi.. Hahaha.. Mandi satu kali sehari je wehh time winter ni.. sejuk tak tahan.. Rasanya balik malam lepas jalan-jalan kot baru mandi.. Jangan muntah.. tak mandi pun wangi tau..  Kahkahkah!

So, hari ke3 ni kitorang pergi mount fuji dengan agent.. Naik van untuk 10 orang.. Sebab kat sana, budak-budak mesti kena ada satu seat sorang.. tak boleh pangku.. Kitorang dapt 75,000 yen rasanya pakej untuk satu hari..

Jauh jugak perjalanan dari bandar Tokyo nak ke Mt Fuji.. Adalah dalam 2 jam lebih.. Alhamdulillah sampai sana cuaca tersangatlah baik.. Rezeki dapat tengok Mt Fuji.. Cuma ada kabus sikit-sikit.. Pastu salji tebal jugak kat situ.. Dapatlah merasa salji real.. Sebelum ni rasa yang tipu punya je kat ict tu..


Sebenarnya kalau nak pergi sendiri pun ok je.. Naik shinkansen.. Kalau beli JR Pass, untung pergi sendiri sebab bila pergi dengan agent ni rushing semacam.. Aku pun taktau plan dia macam mana.. Rupanya dia nak pergi 2 tempat sekali.. Dua-dua tempat tu boleh nampak Mt Fuji.. First kitorang pergi Lake kawaguchi.. Kalau nak round kat kawaguchi ni je pon ok.. Takyah pergi tempat lain.. Sebab ada banyak attraction kat sini.. Kitorang pegi lake dia je..





Adik-adik aku



Anak-anak aku suka betul main salji.. Si adam ni haa sampai merah pedih la tangan dia..
 Budak blur tengah fikir kot apekebenda ni

Mata tu.. Geram betollll




Kemain tau atuk ngan nekwan main salji kat belakang tu.. Hihihi


Aiskrim tersedap di Mt Fuji.. Adam suka sangat aiskrim ni.. Tapi kesian dia.. Ada insiden berlaku selepas tu.. Next post aku cerita..

ok lah.. sambung part 2 eh..



Comments

Popular posts from this blog

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

KPMC, Puchong