Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

LIDI WesTern Food Station

Jumaat lepas mak aku belanja makan-makan sempena menyambut birthday 2 orang adik aku.. Besar dah diorang.. macam tak caye je.. Sorang 19 tahun.. Sorang lagi 15 tahun.. Dua dua besday bulan Januari..

Kitorang celebrate kat Lidi western, kg subang.. Senang je nak cari restoran ni.. Masuk jalan bukit badak.. Kedai dia belah kiri.. Tapi kene perati betul betul sebab dari jalan raya tu nampak dinding je.. Signboard Lidi western pun kecik.. Kitorang pegi waktu malam.. Nasib baik En suami tau sbb dulu dia duduk area sini.. Lagi senang la pencarian kitorang..


Deko kedai cantik.. Kerusi sempoii.. Meja sempoii.. Ok lah.. Tapi tak banyak sangat meja.. Kalau ramai orang datang sekaligus mmg berpeluh tokey kedai.. Kitorang pun booking dulu.. & Menu dia simple je.. Maybe sebab baru lagi kan.. Tak banyak choice of food.. Tapi lagi senang la nak pilih kan.. Takde la rambang mata ye dakk.. Aku ni kalau banyak jenis makanan.. Juling mata tak tau nak pilih yang mana.. Hahahaa..

Ni menu dia.. Tak banyak kan..
Kitorang order sirloin steak, mix grill, lamb chop & chicken napoleon.. Sos ada 3 jenis.. Bbq,black pepper & mushroom.. Pastu for appetizer try order nachos cheese.. Sedapp.. Banyak gila cheese dia.. Aku suka..

Tengah tunggu makanan

Birthday Boy & Birthday Girl



Time ni Ammar baru bangun tido.. Mamai lagi.. Bila nampak abang dia.. sengih-sengih suka.. Budak dua ketul ni bukan boleh percaya.. Sekejap ok.. Lama-lama sikit bergaduh.. Hahaha..

Cheese Nachos
Sirloin Steak
Mix Grill
Chicken Napoleon
Rasa ok.. Sedap.. Cuma sirloin steak macam keras sikit.. Yang lain ok.. Servis pun sedikit slow.. Tapi takdelah sampai korang mcm nak mengamuk.. Huhu.. Boleh di improve lagi.. Harga pun not bad.. Boleh la sesape nak try..

Ok daaa.. Jumpa lagi..



Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong