Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Aktiviti Sebelum Hari Raya

Salam semua,

Still dalam mood raya lagi kan.. Rupanya aku tak cerita lagi pasal raya tahun ni kat sini..  Raya tahun ni sibuk sikit sebab anak dah dua.. kekecohan tu lebih sikit la.. haha..

Perjalanan raya kali ni start 2 hari sebelum raya.. Company aku bagi cuti seminggu.. Start hari rabu sampai rabu next week (15/7-22/7).. Tapi encik suami dapat cuti rabu sampai jumaat je.. Hari rabu kitorang balik rumah PIL.. buka puasa kat sana.. Esoknya balik kampung mak aku kat Perak..  Lebih kurang 2 jam je perjalanan..

Kitorang bertolak pagi jugaklah dalam pukul 9 camtu.. sebab nak sampai kampung awal.. boleh lah menglemang bagai.. konon je tu.. hehe.. Budak dua ketul tu aku sumbat dalam carseat.. Adam memang dah biasa duduk dalam carseat.. Takde hal sangat.. Ammar je baru nak berjinak-jinak.. Susah sikit lah.. Aku kene susukan dulu pastu bila dia dah terlelap baru aku letak dalam car seat.. Adam pun dulu aku ajar dia camtu jugak.. Alhamdulillah dia nak duduk dalam car seat sampai sekarang..


Adam duduk depan teman daddy dia drive.. Aku dengan Ammar duduk belakang.. Nak letak dua-dua car seat kat belakang macam sempit pulak.. Pastu susah pulak nanti nak nyusukan Ammar..


Budak dua ketul ni mentido je lah dalam kereta.. Dah sampai kampung baru terjaga..

Sampai sana opah we dah start nak menglemang.. Aku la yang paling eksaited sebab nak tunjuk kat Adam suasana kampung.. Hehehe.. Tapi daddy dia je lah yang banyak melayan dia.. Aku mengendong si kecik Ammar je lah.. Tapi selalunya makngah dia je lah yang rajin melayan.. Hehe..

Ammar dengan makngah

Bukan main seronok adam merayau kat laman tu.. Takde pulak dia g kacau lemang tu.. Sebab panas kot.. Dia pun tak berani.. Kalau korang perasan bendalah 4 segi warne kuning kat baju encik suami tu.. Tu le pelekat menghalau nyamuk.. Mosquito patch.. Aku dah prepare beli awal-awal sebab Adam memang senang sangat kena gigit nyamuk.. Daddy dia pun sama.. Sebab tu daddy dia pun tampal sekali.. Hahaha.. Untuk Adam aku tampal kat belakang baju dia.. takdelah dia boleh cabut kan..

*ihsan google
Ni lah benda alah nye.. Aku beli brand guardian je.. 5 hengget je rasanya.. Ada 10..  Ok lah.. Berkesan jugak.. Adam & Daddy dia takde kena gigit pun..

Malam raya tu takde buat apa sangat.. Adam main bunga api dengan atok dia.. Kemain suka lagi.. Pastu Adam melayan paklang dia main gitar..











Die hard fan ni.. Baring sambil makan sambil dengar bunyi gitar.. Hahhaha..

Pastu budak-budak jiran main mercun pulak.. Kuat gila bunyi.. Taktau lah diorang main mercun bom ke meriam ke.. Terus adam melekat je dgn kitorang.. Asal bunyi meletop dia terus g kat sapa-sapa yang dekat dengan dia pastu melekat macam cicak.. Hahaha.. Takut rupanya dia.. Kesian betul..

Nasib baik pukul 10 ke atas tu macam dah senyap sikit.. Sebab Adam & Ammar memang jenis yang tido awal.. Nasib baik jugak bila diorang dah tido tu diorang tak sedar dah bunyik berdentum-dentum tu.. Dan jugak tak meragam malam tu sebab tido tempat baru..

Ok lah.. Next entry aku sambung cerita lagi pasal raya kali ni..


Tata~



Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong