Bila nak beli barang barang mahal macam ni selalu kena survey-survey dulu kan.. Selepas aku mem blogwalking, ramai yang kata lampu kat puchong murah.. Kedai Houses Lighting.. So, kenapa nak bayar lebih kalau kita boleh berjimat kan.. Aku pun malas dah nak pegi terjah kedai lain.. Terus je pegi Houses Lighting..
Ni first batch lampu dan kipas yang kitorang beli.. Dah lama dah beli ni.. Tahun lepas.. Hahaha.. baru nak cerita.. Beli lampu dan kipas untuk satu rumah..
Sila abaikan seketul budak kat tepi tu.. hehe.. Eh.. sebenarnya dua ketul.. Dalam buai ada satu..
Hari sabtu lepas pegi lagi cari lampu/kipas untuk dapur yang nak di extend tu.. Selepas perbincangan kitorang laki bini.. Cuma perlu tambah kipas sebijik, lampu sebijik & lampu luar sebijik.. Yang lain guna apa yang dah ada.. takyah membazir.. walaupun dalam hatiku melonjak-lonjak nak lampu baru.. Chandelier macam istana ke.. Haha.. Overr..
Kat sini ada jugak jual barang barang bilik mandi macam paip, shower.. Harga murah jugak..
Lampu downlight ni kitorang beli satu sebab satu dah ada kat dapur sekarang.. Mula-mula macam nak beli lampu masuk kat dalam plaster ceiling tapi since lampu ni dah ada, membazir pulak.. Nanti yang ada kat rumah tu buat pekasam je.. Nak story sikit pasal lampu ni, dulu kitorang termiss satu lampu dapur, so pegi la cari kat kedai dekat-dekat dengan rumah.. malas la kan nak datang puchong semata-mata nak beli lampu ni seketul je.. Korang tau berapa harga lampu ni kat kedai lain tu.. RM70!!! Kat sini RM26 je!!! Menangis tak berlagu laki aku (sebab dia yang bayar).. Hehe.. Tapi frust jugak la sebab beza sangat harga dia.. So kalau korang nak beli lampu banyak-banyak beli je la kat sini.. Takyah survey kedai lain dah.. Memang murah sangat kedai ni..
Ni kaunter untuk test lampu kipas yang kita dah order.. Banyak dah kaunter.. Tahun lepas kitorang pegi ada 2 kaunter je kot untuk test.. Bersesak-sesak jugak lah.. Sekarang ni dah banyak dan teratur.. Lepas test, kalau ok baru pergi bayar..
Ini budak sudah boring.. Merangkak la, melompat la.. Pastu suruh dedi dokong macam baby.. Suruh enjut.. tapahape je.. Haha
Ammar duduk dalam carrier je.. Bagus budak ni.. Dia suka duduk dalam ni.. Senang keje aku..
Masa tunggu dedi bayar, Adam duk main kat depan tempat display barang toilet.. paip, cermin..
'Mandi' 'Mandi' Adam kata.. Haha.. nasib baik tak suruh bukak baju..
Lepas pegi lampu kitorang gi Gudang Sale kat Kinrara.. Nak cari hood.. Next entry aku story pulak pasal ni.. Tata~
Comments
Post a Comment