Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu...

TeratakKecil : Update progress extend dapur belakang

Semalam lepas balik kerja aku singgah rumah kejap nak tengok progress dapur kitorang tu.. Kontraktor start kerja hari khamis lepas.. Cepat jugak diorang buat kerja..Semalam hari ke 5.. Dah naik dinding dah.. Plaster je belum lagi..

Tapi apa yang buat aku frust tu, ukuran untuk letak tingkap dengan pintu tak ikut macam yang aku dah lukis.. Haiihh.. Taktau nak respon macam mana.. Nak suruh diorang pecah kan balik ke nak pasrah je ke.. Kang bising bising nanti diorang taknak buat kerja pulak.. Kata banyak songeh.. Tapi nanti aku jugak yang mengadap bendalah tu hari hari..

Big boss tengok apa tu.. kemain tenung tingkap yang memang dah berlobang tu.. Aku la tu dok komplen tingkap tu dorang salah buat.. Patutnya aku nak ke tengah sikit.. Dah lari dari lukisan asal aku.. haiiihhh.. frust.. frust.. 


Pintu ni pulak ke kanan sangat.. patutnya rapat sikit dengan tingkap tu.. sebab belah kanan tu adalah dapur lama.. Aku plan nak letak meja makan kat dapur lama tu.. tapi dekat sangat dengan pintu bilik air pulak.. so kalau pintu ni ke kiri sikit.. boleh la aku anjak kan meja tu kebelakang sikit.. Jauh dari pintu bilik air.. Paham ke idak.. Hahhaa.. takpelah.. korang buat buat paham aje lah.. Tapi dah jadi macam ni.. tengok lah nanti dah siap macam mana.. kena pandai pandai susun lah..

Dinding bilik belakang dengan bilik air.. Kitorang tak buat apa apa.. bajet terhad.. 

Ni bahagian tepi belakang.. Lepa simen je.. Senang nanti kalau nak sidai kain kat situ..

Haaa... ni yang paling sadis sekali.. Rumput mutiara ku yang menghijau dah musnah! wawawawawa..  Nangis aku nengok nya.. Dah abes renovate ni kena cepat cepat betulkan balik..

Itu saja update kali ni.. Tak sabar nak tunggu siap.. nak deko-deko pulak.. =)



Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong