Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Eczema menyerang

Badan Ammar naik rashes yang agak teruk jugak lah minggu lepas.. Hari jumaat aku perasan naik bintik-bintik merah.. Mula-mula aku perasan kat montot dia.. Masa nak basuh yak dia meraung-raung.. taknak masuk bilik air.. Esoknya pagi pun ajak mandi taknak.. meraung meraban-raban.. Pedih agaknya.. kesian dia..

Pakej pulak dengan demam nak tumbuh gigi.. Nasib baik demam suhu tak tinggi sangat.. Cuma asyik merengek je la.. minum susu pun taknak.. Air liur menjejeh jejeh.. Jari asyik masuk dalam mulut je, pegang gusi dia yang sakit tu.. 

Aku bawak gi klinik.. Doktor kata rashes tu bukan sebab makanan.. maybe karpet or keadaan sekeliling.. Pagi Senin aku tanya pengasuh, dia kata, Ammar makan macam biasa je dia selalu makan.. Mungkin minggu lepas dia guna sabun Johnson&Johnson cucu dia.. Jenis susu.. Mungkin la sebab tu.. Tapi sebelum ni dia pakai sabun murah 5 hengget je, ok je.. So, tak tau la sebab sabun ke sebab lain.. Tapi mungkin betul jugak sbb J&J jenis susu.. Ammar kan allergic susu lembu.. Berapa banyak tapi & mungkin dahhhh... Hahahaha..

Ni masa hari Sabtu.. Sian muka dia yang flawless tu, habis berbintik-bintik.. Kat siku, pelipat kaki/tangan, montot.. Semua naik rashes macam kat atas ni.. 

Alhamdulillah hari ke-empat aku tengok rashes dia dah mula nak kering.. Menggaru pun dah kurang.. Demam dia pun dah kebah.. Semalam gigi dia dah tak sakit kot sebab dia dah start beraksi macam masa dia sihat.. Cheeky, suka kacau abang dia, suka buat muka.. Hahaha.. Dah takde merengek sangat dah.. Alhamdulillah.. Kesian aku nengok dia asyik merengek je.. Dia merengek tu pun sebab gigi dia nak keluar tu..

Ni keadaan rashes dia pagi tadi.. Makin ok.. Kena sapu lotion selalu lepas ni.. Doktor kata jangan bagi kulit dia kering.. Eczema memang macam ni.. Kalau kering je habis musnah kulit.. Sabar je lah Ammar.. Ammar ngan mami satu geng.. Memang menggatal je kejenye.. Eh! Hahaha..

Semoga cepat sembuh anak mami Ammar Saif.. Dedi,Mami,Abang love you soo much!!



Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong