Mungkin ramai yang dah tau pasal ni.. Pada yang taktau sama spesis macam aku ni.. Meh aku terangkan serba sedikit macam mana caranya nak apply.. Bagi yang tak tahu, kita boleh keluarkan akaun 2 untuk bayar duit rumah bulan-bulan.. Sebelum ni aku pernah keluarkan jugak akaun 2 untuk Pengeluaran pembelian rumah.. Tak tau pulak ada jugak pengeluaran untuk bayaran bulanan..
Satu lagi yang korang kena tau kita boleh keluarkan akaun 2, maksimum tidak melebihi amount bulan-bulan kita bayar rumah.. Contoh sebulan korang bayar bank RM1,000, so akaun dua boleh keluarkan RM1,000 je sebulan.. Minimum pengeluaran 6 bulan.. Kalau nak keluar lebih pun boleh tertakluk kepada baki akaun 2 korang tu.. Nak abeskan terus pun takpe.. Contoh kat bawah ni..
Baki akaun 2 = RM9,000
RM1,000 x 6 bulan = RM6,000
Kalau nak habiskan, keluarkan lah 9 bulan.. Pandai-pandai korang lah.. nak simpan sikit ke.. nak abeskan terus ke.. Kawan aku bagi cadangan, keluarkan amount sama banyak dengan duit masuk.. Contoh bulan-bulan masuk RM300.. Korang keluarkan lah 300 je.. So nanti akaun 2 tu maintain je..
Pastu jumlah RM6,000 yang korang keluarkan tu dia akan masukkan dalam akaun khas.. Then setiap bulan selama 6 bulan, KWSP akan kreditkan dalam akaun bank korang..
First step korang baca dulu syarat-syarat permohonan kat sini
Risalah Ansuran Bulanan ..Then, bila dah khatam tu, sila pergi ke bank yang korang buat loan rumah untuk mintak surat penyata baki pinjaman.. Contoh macam aku buat loan dengan maybank, pergi maybank mintak dia buat surat, 3 hari bekerja baru siap.. then, datang balik bank untuk collection.. Tapi tak sampai 3 hari pun.. aku buat jumaat petang.. Selasa dah boleh amek.. tapi kene call la dulu.. takut tak siap nanti.. sia-sia je..
|
contoh format surat |
Lepas dah siap surat tu, korang boleh simpan dulu (penyata ni sah dalam masa 30 hari utk pengeluaran ansuran) atau kalau jenis tak sabar macam aku ni, terus pergi KWSP untuk submission.. Heheh.. Aku pegi KWSP IDCC Shah Alam, kat bangunan Umno tu dah tutup tau.. Ni kali kedua aku pegi KWSP sebab sebelum ni aku tak bawak surat dari bank.. Ingatkan bawak penyata je.. Pastu orang KWSP tu cakap sekarang dah tak pakai borang dah.. Ko just bawak surat dari bank tu je.. Cakap kat receptionist tu nak buat pengeluaran ansuran bulanan rumah.. Pastu dia kasik nombor giliran.. Aku tak sure tak payah isi borang sebab kitorang dah pernah buat pengeluaran sebelum ni ataupun sekarang memang dah tak pakai borang..
|
Beratur kat sini untuk amek nombor |
Ramai jugak orang time ni.. Tapi tak lama pun tunggu.. Dalam setengah jam je..
Kitorang buat pengeluaran bersama.. Akaun aku dan akaun laki aku.. Sebab loan dengan bank dua nama.. Kalau nak buat pengeluaran bersama amek satu nombor je.. Haa.. Yang ni jangan lupa.. Surat dari bank tu buat copy satu.. Sebab bank nak satu original, satu copy.. Mungkin sebab kitorang 2 nama.. Kalau sorang je, yang ori dah cukup kot..
Sampai kaunter korang cakap je ngan akak/abang kaunter tu nak buat pengeluaran ansuran.. Dia akan tanya korang nak keluarkan berapa ringgit/berapa bulan.. Mula-mula aku cakap nak keluarkan 6 bulan je.. Sama lah ngan encek suami.. Pastu akak tu cakap, 'eh baki banyak lagi ni.. habiskan je lah'.. Akak kaunter ni kan.. Memang menggugat iman kitorang laki bini je laaahhhh.. Sudahnya tak jadi 6 bulan.. Hahahaha..
Sekejap je proses dia.. Last skali amek cap jari.. Setel.. 10 hari bekerja duit akan masuk dalam akaun.. Yeehaaa.. Kayo.. kayo.. Ehh.. Jangan buat soping benda lain tau.. Buat bayar rumah je.. ngeeee... Pepandailah korang.. Hahaha..
Ok.. tu je la kot.. Harap-harap bebelan aku ni dapatlah membantu korang ye..
dapat lah kurang kan beban sebab dah beli rumah kan.. dan duit tu jugak boleh buat tuk perbelanjaan masuk rumah baru nanti.. banyak pakai duit..apa pon..semoga dipermudahkan yer.. :)
ReplyDeleteAmin.. terima kasih k.aty.. memang excited sangat bila dapat tau pasal ni sebab duit gaji memang cukup-cukup makan je.. At least boleh la bernafas sikit.. hehe..
Deletenk tanye klu mcm sy rumah name sy n husband tp byar bulan2 tolak acc husband blh ke sy nk bt pengeluaran jgak
DeleteBoleh.. Takde masalah.. saya punya rumah ni pun tolak acc husband.. asalkan loan dengan bank tu 2 nama.. so, dua2 boleh buat pengeluaran..
Delete