Amni Safiyyah 10 bulan

Image
Assalamualaikum semua, Ada ke lagi pembaca blog ni.. Lama dah tak mengarang.. Mood ke laut dalam.. Tapi sayang sangat banyak cerita-cerita best tak dapat di simpan untuk tatapan memori.. Dah le aku ni pelupa.. Sayang kalau tak abadikan kat sini.. Ok.. Nak start cerita pasal anak dara ku seorang tu.. Bulan 1 lepas, dah 10 bulan dah dia.. Ya ALLAH... Cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya.. Anak-anak pun rasa macam cepat je membesar..  Achievement Amni sekarang ni, dah pandai merangkak.. Yayyy!! So, sekarang takleh pakaikan dia skirt.. kesian susah nak merangkak, asyik tersangkut je.. Naik tangga pun dah lepas.. Advance betul budak ni.. Mulut tu memang potpetpotpet je lahhh.. First word dia nak tau ape.. 'Abang''.. Hahaha.. Bukannya mami ke dedi ke.. Tapi Abang.. aduyaiiii.. Tapi dia panggil cengini lah 'Abaaaa'... 'Äbaaaaa'.. Comel sangat! Mami pun dah ada bunyik sikit.. Sekarang 'Ma.. 'Ma.. Kadang-kadang 'Amaaaa.. amaaaa pu

Jalan-jalan Kelantan - Part 2

Sambungan dari entry lepas.. Jalan-jalan Kelantan - Part 1 .. Lepas kitorang menghabiskan masa pusing-pusing Kota Bharu.. Pukul 2 kitorang check in kat apartment.. Apa nama apartment tu ntah.. tak ingat.. mak aku yang booking.. hehe.. Besar jugak apartment tu.. Ruang tamu luas.. bilik tidur pun luas.. Senang lah baby dua ketol tu nak berlari lara..
Ni kat luar apartment.. Kemain seronok Adam.. Pakai beg baru beli kat Rantau Panjang..


Tengahari tu kitorang lunch kat Warung Pak Mat Pulau Pisang yang terkenal dengan Sup Kepala Ikan dan Teh Tarik Madu yang sememangnya marbeles.. Sedap wehhh!! Teh tarik tu memang tak cukup satu.. Sup kepala ikan tu kalau korang datang lambat memang habis lah.. Macam kitorang datang pukul 3 petang memang tak dapek nak nolong..  Tapi macam isi ikan, daging ada lagi.. Kitorang amek isi je.. Tak amek kepala..

Gambar ihsan google, sumber sini

-Sup Ikan-
Makan sup dengan nasi je pun dah sedap.. Nyumm.. nyummm..

Teh Tarik Madu yang mabeles kebaboommm.. Sedap gila wehh!!! 
Tak ade kat Shah Alam yang macam gini..

Warung Pak Mat ni besar.. Siap ada playground untuk budak-budak.. Si Ammar tu menangis protes sebab Abang dia rampas 'kereta' hijau tu.. Pastu ada budak kat situ bagi kat Ammar 'kereta' biru tu.. Tapi dia taknak.. nak yang hijau jugak.. Lama jugak lah dia buat pe'el..  

Lepas dah kekenyangan, kitorang pergi round bandar.. Pergi Pasar Siti Khadijah.. Pastu round mana tah lagi.. Tak ingat dah.. Haha.. 

The next day, sarapan dekat Kopitiam Kita lagi.. Makan lagi Roti Titab.. Kali ni aku try nasi tumpang.. Sedapp..
-Nasi Tumpang-
Tengahari pegi terjah Nasi Kak Wok (The Original), Kampung Lundang.. Ni pun sedap gila! Ayam goreng dia.. Makan panas-panas.. fuhhh! mengancam! Padahal ayam goreng kunyit je.. Tapi.. aku taktau nak describe kan kesedapan dia macam mana.. Kalau dah ada kat Kelantan, rugi kalau tak cuba.. 
-Nasi Kak Wok-
Stail Nasi Kak Wok ni bungkus dengan kertas coklat ni walaupun korang makan kat situ.. Yang dalam gambar ni jenis special.. Ada 3 kuah kot.. Gulai Ikan/Ayam, satu lagi tak sure.. Murah je RM6 rasanya.. Kalau ayam sahaja tak salah aku RM3.50.. Kedai dia kat belakang Kota Bharu Medical Centre (KBMC).. Aku tak amek pulak gambar kedai.. Kalau korang waze mesti jumpa punya.. Tapi masa kitorang sampai mula-mula tu kitorang macam, eh betul ke ni kedainya sebab tak ada signboard pastu dekat jalan kampung kecik, bukan kat jalan besar tau..  So.. Jangan risau.. kalau dah taip betul kat waze tu, memang itu lah kedainya..

Selama tiga hari kat Kelantan, kitorang sempat la pergi Tok Bali, Pengkalan Kubur, Rantau Panjang.. Pertama kali dapat la tengok Sungai Golok secara live.. Hehehe.. Seronok lah.. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan untuk melihat keindahan alam yang Tuhan ciptakan ni.. 

Tu je kot nak cerita.. Layan gambar je lah lepas ni.. Hehehe..
Adam Saqif mandi laut kat Tok bali



Ammar Saif dengan atuk.. Comot lepas makan Eskem Baba

Adam ngan 'tambeng'.. Kat Pengkalan Kubur ni.. Elok pulak dia tak takut dengan kambing tu.. Kambing tu pun ok je.. 
Encik Kambing yang peramah

Budak yang tak boleh duduk diam.. Melasak je.. Hehe..


Ok, itu saja.. Bye-bye..





Comments

Popular posts from this blog

TeratakKecil : Rumput Mutiara (Pearl Grass), Sungai Buloh

First check up @ Putra Medical Centre Sg Buloh (PMC)

KPMC, Puchong